April 30, 2010

Buku: “Panduan Solat Sunat Tahajjud”

Posted in Amalan, Buku at 8:49 pm by kamilan

Buku kecil ini boleh memberi panduan lengkap melaksanakan “qiamul lail”.

Ianya berjaya menghuraikan secara ringkas kaedah solat Tahajjud yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadith. 

Judul Buku: Panduan Solat Sunat Tahajjud
Pengarang: H. Syahrin bin Jasah
Kandungan: 56 halaman. Cetakan Pertama, 2009. Pustaka al-Shafa, Kuala Lumpur.
Harga: RM3.00
ISBN: 978-983-159-154-3
Saiz: Lebar 11 cm, Panjang 15 cm dan tebal 0.5 cm.

Persoalan yang biasa mengenai maksud solat sunat Tahajjud, kelebihan solat sunat ini dan bilangan rakaat yang sepatutnya dilakukan sebagaimana dilaksanakan oleh Rasulullah SAW telah terjawab dalam buku ini. Read the rest of this entry »

Advertisements

March 1, 2010

Meniti umur mengukur pengalaman

Posted in Terampil at 4:44 pm by kamilan

Semasa di sekolah rendah teringin sekali merasai kehidupan orang yang telah berumur.

Ketika itu berada di darjah empat. Bertanyakan umur guru kelas ketika itu. Dia memberitahu usianya sekitar 40han. Rambutnya masih hitam seluruhnya. Read the rest of this entry »

February 19, 2010

Verifikasi mengelakkan kesilapan

Posted in Pengurusan at 2:14 pm by kamilan

Petang tadi semasa berbelanja di pusat membeli belah teringat laporan yang telah siap dilakukan pada minggu lepas.

Rupanya terdapat kesilapan pada konsep penyelesaiannya.

Mungkin mereka yang membaca laporan tersebut tidak perasan terdapat kesilapan yang berlaku kerana tiada maklumbalas diterima. Read the rest of this entry »

February 16, 2010

Peraturan melancarkan majlis

Posted in Pengurusan at 4:23 pm by kamilan

Semasa mencari bahan terjumpa catatan pada 12 Oktober 1997 mengenai “Undang-Undang Permainan”.

Peraturan ini diterima sebaik-baik sahaja berada dalam suatu majlis di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu. Read the rest of this entry »

January 24, 2010

Buku: Panduan Solat Sunat Duha

Posted in Buku at 11:20 am by kamilan

Sekurang-kurangnya sebanyak lapan tajuk telah dibincangkan dalam sebuah buku kecil yang berjudul “Panduan Solat Sunat Duha”. Buku ini telah diterbitkan pada tahun 2007 dengan kandungan sebanyak 53 halaman dan berukuran lebar 11 cm, panjang 15 cm serta tebal 0.5 cm. Buku ini harganya sangat berpatutan hanya RM3.00 sahaja.

Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam buku ini adalah mengenai pengertian solat Duha, kelebihan, waktu mengerjakannya, bilangan rakaat dan cara melaksanakan serta doa. Read the rest of this entry »

December 26, 2009

Menjadi orang kaya menjelang 2010

Posted in Uncategorized at 8:14 am by kamilan

1). Persiapan menghadapi tahun masihi 2010 didahului sebanyak 15 hari tahun hijrah 1431. Pemikiran masih terjajah menggunakan taqwim masihi kerana urusan harian bergantung kepada kalender tersebut.

2). Amalan yang telah sebati sepanjang tahun 2009 tetapi dikategorikan sebagai “kurang cemerlang” tentulah akan terbawa-bawa juga pada 15 hari sebelum menjelang tahun masihi 2010. Ianya seperti “brek angin” mengambil masa untuk berhenti. Read the rest of this entry »

December 6, 2009

Perubahan iklim dari Kyoto ke Copenhagen

Posted in Alam at 2:42 pm by kamilan

Sidang Kemuncak Perubahan Iklim anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan bermula pada 7 hingga 18 Disember di Copenhagen, Denmark.

Jika di Kyoto, Jepun pada tahun 1997 sebanyak 189 negara telah hadir untuk mewujudkan mekanisme mengekang perubahan iklim dunia. Tetapi bilangan negara yang akan hadir di Copenhagen dijangkakan meningkat sebanyak 192.

Semasa perbincangan di Kyoto, tiga negara penyumbang perubahan iklim terbesar yang tidak hadir iaitu Amerika Syarikat, India dan China. Read the rest of this entry »

November 29, 2009

Gandrung berdoa di Arafah

Posted in Uncategorized at 8:59 pm by kamilan

Nampaknya ramai yang berebut-rebut menggunakan perkhidmatan yang selesa dan pantas. Apa lagi di minggu menghampiri Aidul-Adha, semua jenis tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu mulai 25 November telah habis dijual. Read the rest of this entry »

November 21, 2009

Sintesis dan sintetis pembacaan

Posted in Lestari at 3:34 am by kamilan

1). Hari ini terfikir, bagaimanakah sekiranya buku-buku dalam kepelbagaian disiplin ilmu terutama dari kaca mata barat jika dibaca sahaja tanpa dilakukan sintesis dengan Islam?

2). Menurut Kamus Dewan (2007), melakukan sintesis adalah proses untuk menyatukan pelbagai unsur, bahagian, bahan dan sebagainya menjadi suatu kesatuan, pengabungan atau pemaduan. Sintesis itu dilakukan dengan menyatukan, menggabungkan atau memadukan. Read the rest of this entry »

November 18, 2009

Matematik atau ilmu hisab?

Posted in Uncategorized at 4:32 pm by kamilan

Sesekali sarapan di pinggir bandar Gua Musang merasai suasana kemesraan desa yang sedang ternoda dengan arus perubahan kehidupan abad baru. Read the rest of this entry »

Previous page · Next page