April 30, 2010

Buku: “Panduan Solat Sunat Tahajjud”

Posted in Amalan, Buku at 8:49 pm by kamilan

Buku kecil ini boleh memberi panduan lengkap melaksanakan “qiamul lail”.

Ianya berjaya menghuraikan secara ringkas kaedah solat Tahajjud yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadith. 

Judul Buku: Panduan Solat Sunat Tahajjud
Pengarang: H. Syahrin bin Jasah
Kandungan: 56 halaman. Cetakan Pertama, 2009. Pustaka al-Shafa, Kuala Lumpur.
Harga: RM3.00
ISBN: 978-983-159-154-3
Saiz: Lebar 11 cm, Panjang 15 cm dan tebal 0.5 cm.

Persoalan yang biasa mengenai maksud solat sunat Tahajjud, kelebihan solat sunat ini dan bilangan rakaat yang sepatutnya dilakukan sebagaimana dilaksanakan oleh Rasulullah SAW telah terjawab dalam buku ini. Read the rest of this entry »

Advertisements

January 24, 2010

Buku: Panduan Solat Sunat Duha

Posted in Buku at 11:20 am by kamilan

Sekurang-kurangnya sebanyak lapan tajuk telah dibincangkan dalam sebuah buku kecil yang berjudul “Panduan Solat Sunat Duha”. Buku ini telah diterbitkan pada tahun 2007 dengan kandungan sebanyak 53 halaman dan berukuran lebar 11 cm, panjang 15 cm serta tebal 0.5 cm. Buku ini harganya sangat berpatutan hanya RM3.00 sahaja.

Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam buku ini adalah mengenai pengertian solat Duha, kelebihan, waktu mengerjakannya, bilangan rakaat dan cara melaksanakan serta doa. Read the rest of this entry »

September 29, 2008

Menyubur daya juang di akhir Ramadhan 1429

Posted in Buku at 8:37 am by kamilan

1). Membaca buku terjemahan “Laa Tahzaan” yang ditulis oleh ‘Aaidh ibn Abdullah al-Qarni yang berjudul “Jangan Bersedih” atau “Don’t Be Sad” boleh dijadikan teman untuk menyubur daya juang kehidupan ini. Bersyukur kerana pada akhir Ramadhan kali ini telah berjaya menghayati buku yang ditulis oleh Dr. ‘Aaidh. Buku ini sesuai dibaca kepada semua tanpa mengira agama dan batasan kaum kerana perkara yang disentuh adalah tentang kehidupan manusia itu sendiri. Read the rest of this entry »

June 16, 2008

Buku “Penulisan Berkesan: Media Cetak, Elektronik dan Web”

Posted in Buku tagged , , , at 5:16 am by kamilan

Salin semula daripada akhbar Utusan Malaysia keluaran Isnin 26 Mei 2008. Tajuk asal artikel ialah “Pembikinan wartawan“.

Judul Buku: Penulisan Berkesan, Media Cetak, Elektronik dan Web
Penulis: Chamil Wariya
Penerbit: Malaysian Press Institute
ISBN: 978-983-42919-0
Pengulas: MOHD. KHUZAIRI ISMAIL

DALAM dunia kewartawanan dan penulisan, nama Datuk Chamil Wariya barangkali tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau bukan sahaja terbabit dalam bidang penulisan media cetak dan elektronik di negara ini, malah pernah berkhidmat sebagai wartawan dan penerbit radio dengan Perkhidmatan Luar Negeri British Broadcasting Corporation (BBC) di London selama enam tahun. Read the rest of this entry »

June 4, 2008

Buku “Agenda Mendesak Bangsa: Selamatkan Indonesia!”

Posted in Buku tagged at 5:27 am by kamilan

Tajuk asal artikel ialah “Sudut Amien Rais melihat bangsa Indonesia tersepit“. Salin semula daripada akhbar Utusan Malaysia, Isnin 19 Mei 2008.

Oleh ROOSFA HASHIM*

GENAP sepuluh tahun Orde Reformasi dan bersempena memperingati 100 tahun Kebangkitan Indonesia, Amien Rais minggu lalu melancarkan bukunya berjudul Agenda Mendesak Bangsa: Selamatkan Indonesia!

Buku ini menekankan lima pokok pemikiran beliau tentang keadaan bangsa Indonesia pada masa kini. Buku setebal 298 halaman ini diterbitkan oleh Mizan dan PPSK, Yogyakarta. Read the rest of this entry »

May 18, 2008

Buku “Islam Melayu Komunis”

Posted in Buku tagged , , , at 6:19 am by kamilan

[Catatan yang bertajuk “Kisah menarik buku Islam Melayu Komunis” dalam ruangan “Mazlan Nordin* Menulis” ini disalin semula daripada akhbar Mingguan Malaysia keluaran Ahad, 11 Mei 2008].

ISLAM Melayu Komunis. Demikian tajuk sebuah buku kecil (112 muka) yang terselit dalam rak buku sebuah perpustakaan di Kuala Lumpur untuk pinjaman para pembaca. Pertanyaan segera timbul, bolehkah seseorang Islam (Melayu) menganut fahaman komunis yang tidak percaya kepada Tuhan? Kerana, tajuk tersebut mengandungi unsur-unsur yang “contradictory. Read the rest of this entry »

December 26, 2007

kecek-kecek si Awang Goneng

Posted in Buku tagged , , , , , , , at 8:51 am by kamilan

Kita boleh berkongsi pengalaman bersama Awang Goneng dalam blognya kecek-kecek.  Blog ini telah menggamit saya mengenang kembali kehidupan saya di negeri Darul Iman selama 10 (sepuluh) tahun.  Read the rest of this entry »