December 31, 2011

Tiada yang duka

Posted in Inspirasi at 5:47 pm by kamilan

1). Kegagalan yang berlaku pada tahun 2011 adalah takdir.

2). Pada tahun 2012, perlu mendalami pengurusan stres.

3). “Sesunguhnya berjayalah mereka yang membersihkan jiwanya. Dan rugilah mereka yang mengotorinya.” (al-Quraan, 91:9-10)

4). Dua jenis stres iaitu eustress dan distress.

5). Eustress akan menyebabkan tahap kerja optimum. Manakala, distress mengakibatkan prestasi kehidupan menurun.

6). “Stres bukan untuk dihapus, tetapi untuk diurus. Dalam beberapa keadaan manusia memerlukan stres. Sedikit stres diperlukan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan produktif. Namun jangan berlebihan, ia akan menyebabkan pelbagai masalah.” (Majalah Solusi. Isu No. 39. Tahun 2011.)

7). Kemahiran membuat perancangan strategi  sangat membantu di tahun 2012.

8). Tiada cara lain untuk mengubati perasaan kecewa kecuali terus bekerja.

9). Kisah seorang tua berbangsa Scotland yang bekerja keras dan menjangkakan orang yang dipimpin turut melakukan perkara yang sama. Pekerjanya telah mengusiknya, “Hey Scotty, kamu tahu ataupun tidak yang kota Rom pun tidak siap dalam sehari?” “Ya, saya tahu,” katanya, “tetapi pada masa itu saya belum lagi menjadi mandur.” Manakala, Thomas Jefferson berkata, “Sungguh banyak perkara yang dapat dilakukan sekiranya kita tidak henti-henti bekerja. Jika kita mahu orang kita sentiasa bekerja, kita pun perlu melakukannya.” (John C. Maxwell. The 360-Degree Leader. 2005).

Sekian dulu.

06 Safar 1433H

Advertisements

2 Comments »

  1. Jawa Kelana said,

    Betul tu.
    Kalau Sang Kecewa itu dilayan, satu kerja pun tak kan jadi sudahnya tu nanti.
    Yang penting, tarik nafas, kumpulkan semangat & teruskan berjalan.

    Selamat Tahun Baru Masihi. peluang kedua memperbaharui / refresh azam yang dibuat ketika menyambut Tahun Baru Hijrah.

    p/s: eish..baru perasan..blog ni ada salji lah .. Jawa tak tahan sejuk… kui kui kui

    • telaten said,

      Apa yang Allah SWT urus adalah yang terbaik.

      Kebaikan itu akan dilihat selepas beberapa bulan berikutnya jika dilakukan pengamatan secara sedar.

      Sekarang agak sejuk kerana musim tengkujuh untuk pusingan kedua.

      Pertama kali mengharung banjir kilat di Jalan Lundang pada awal pagi kelmarin.

      Agaknya US sedang salji?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: