March 5, 2011

Sudahkah menemui idola kehidupan?

Posted in Uncategorized at 7:37 pm by kamilan

Hari ini merupakan hari terakhir di bulan Rabiulawal untuk tahun 1432 Hijrah.

Rabiulawal akan diingati pada setiap tahun kerana merupakan bulan kelahiran Rasulullah SAW.

Setiap sirah Rasulullah SAW yang dicatat oleh para sahabat mempunyai pengajaran yang sangat berguna.

Perjalanan kehidupan Rasulullah SAW semenjak dilahirkan merupakan perancangan daripada Allah SWT supaya menjadi pengajaran kepada umatnya. Baginda menjadi anak yatim semenjak dilahirkan dan bondanya telah meninggal dunia semasa masih kecil. Baginda merupakan seorang pengembala kambing, buta huruf dan usahawan yang sangat berjaya. Siti Khatijah merupakan isteri yang menjadi pendorong baginda di peringkat awal dan memantapkan perjuangan. 

Kehidupan Rasulullah SAW mudah ditiru oleh umatnya. Baginda sangat menyayangi kanak-kanak. Apabila pulang daripada musafir akan mendapatkan anak-anak kecil terlebih dahulu. Setiap seorang akan didokongnya. Tangannya digunakan untuk kekerasan hanya semasa peperangan.

Baginda Rasulullah SAW sangat menyukai aktiviti ziarah. Sentiasa menjaga hubungan silaturahim dengan kaum kerabat. Baginda sentiasa bersama-sama dan membantu keperluan orang miskin. Apabila mendengar penduduk ditimpa kesusahan, Rasulullah SAW akan berdoa supaya segera diringankan penderitaannya oleh Allah SWT.

Kasutnya akan ditampal dan bajunya akan dijahit sendiri. Sifat baginda yang suka merendah diri itu sehinggakan orang asing tidak mengenali Rasulullah SAW semasa berada di sesuatu majlis.

Setiap barang milik Rasululullah SAW seperti binatang tunggangan, pedang dan sebagainya akan diberi nama khusus oleh baginda.

Begitu juga, setiap peperangan sama ada kalah atau menang akan mempunyai pengajaran tersendiri. Ianya sangat bagus untuk menjadi pendoman semasa kesusahan atau mengurus sesuatu organisasi.

Kecintaan kepada Rasulullah SAW pasti terasa apabila berada di kota Madinah terutama semasa beriktikaf di dalam Masjid Nabawi. Keseronokan itu pasti akan disebut-sebut di dalam hati walaupun pernah ke destinasi lain seperti kota London dan sebagainya.

Sekian. 30 Rabiulawal 1432 (05 Mac 2011).

Advertisements

1 Comment »

  1. Jawa kelana said,

    My Idols – My parent :)… Salute them, Respect them


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: