January 1, 2011

Langkah awal yang baik menjelang tahun 2011

Posted in Uncategorized at 7:07 pm by kamilan

1). “Hari ini terasa semangat yang sangat luar biasa.” Terdetik dalam hati semasa memandu untuk menuju Bilik Gerakan pada pagi ini.

2). Tengah malam tadi, terdengar dentuman mercun menunjukkan bermulanya tahun 2011.

3). Kemudian, semasa memandu memasang radio. Namun tiada celotehan yang memberangsangkan dari juruhebah yang bertugas. Seolah-olah pada hari ini sama seperti masih berada dalam bulan Disember 2010. Ianya sama seperti celotehan DJ  lelaki di siaran TV pada awal pagi yang menurutnya seharian di rumah bersama anak dan isteri serta tidur dengan lena. Manakala, DJ wanita pula menyatakan ibunya yang berada di Mancester melihat sambutan yang sangat hebat walaupun dalam lingkungan persekitaran yang sejuk dan bersalji.

4). Sebelum itu, ada coretan rakan dalam “Face Book” di mana gara-gara keseronokan menyambut tahun baru 2011 mungkin ada yang “tersasul” dan menyebabkan berlaku aktiviti “buang sana” dan “buang sini” pada bulan September atau Oktober nanti.

5). Semalam, sungutan imam semasa berkhutbah Jumaat di mana berlaku perbezaan yang ketara ketika menyambut tahun baru Hijrah berbanding Masihi.

6). Pada tengaharinya pula, makan beramai-ramai ala-kampung di Muzium Kraf kerana meraikan 2 kakitangan yang akan berpindah pejabat. Sebelum makan diadakan ucapan perpisahan dan penyampaian hadiah. Kemudian selepas makan berkumpul semula untuk sessi mengambil gambar. Rupanya majlis yang sedemikian sangat menyentuh hati yang dirai dan seolah-olah setiap sumbangan mereka semasa bertugas telah dibalas dengan setimpal.

7). Setelah itu, singgah di Pasar Khatijah untuk membeli udang kering. Suasana yang masih sama seperti masih berada di tahun 2010. Kemudian ke tengah bandar Kota Bharu untuk membuat salinan kunci dan terjumpa pasaraya Cina yang masih mengekalkan ciri-ciri ala tahun 1960han. Lagu-lagu kisah cinta irama Melayu yang dipasang semuanya sekitar tahun 1960han.  Susun atur barangan jualan seolah-olah berada di tahun tersebut. Harga barang telah berjaya dipamer “seolah-olah” masih berada pada harga yang lama.

7). Petang ini telah berjaya berjalan kaki dengan jauh kerana kesukaran letak kereta dan kesibukan lalu lintas.

8). Esok masih ada tugasan yang masih belum selesai. Meredah bandar yang sesak lagi. Nasib baik esok cuti peristiwa kerana menang bola sepak Piala Suzuki melawan Indonesia.

Sekian dulu. 01 Januari 2011 (26 Muharam 1432).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: