December 31, 2010

Perlukah pancaindera keenam?

Posted in Uncategorized at 6:45 pm by kamilan

1). Walaupun sedekad dalam abad ke-21 telah berlalu, namun para saintis masih tidak berjaya membuktikan kebenaran fenomena “Extrasensory Perception (ESP)” atau pancaindera keenam (Sixth Sense).

2). Majalah Reader’s Digest (Disember 2003) menyimpulkan pancaindera keenam sebagai “… accurate intuitions … mysterious flashes of insight hunches, gut feelings, animal instinct, ESP or even a sixth sense.”

3). Dalam catatan yang sama, “Intuition is actually a two-step linking and checking process. First, we rapidly sort memories, looking for a familiar pattern to guide us. As we follow the plan that worked in an earlier, similar situation, our unconscious mind is vigilant for anything odd or unexpected, Klein explains. “We’re constantly reading ourselves, checking for emotional or physical reactions, such as an uneasy feeling or increase in heart rate, that say, ‘Watch out, you may be getting into trouble.’ ”

4). Menurut Kamus Dwibahasa (DBP, 1985). Intuition adalah kebolehan mengetahui (memahami) sesuatu tanpa berfikir atau mengkaji tetapi dengan hanya bisikan kalbu (hati kecil); gerak hati; intuisi,

5). Majalah Reader’s Digest (Disember 2003) juga mencatatkan pancaindera keenam berupaya membaca muka seperti membuka buku. Menurut Paul Ekman, Ph.D., penulis buku Emotions Revealed,  … …  … spotting “microexpressions.” These very intense bursts of emotion only last a quarter of a second, but signal a person’s true feelings, even if he’s trying to hide them … … … “If you distrust someone who is trying to sell you a house, it could be because when he said the roof didn’t leak, you saw a microexpression of smugness at fooling you, or fear of being caught in a lie.”

6). Secara teori ESP mempunyai hubungan dengan ‘Amygdala‘, sejenis saraf yang terdapat di bahagian tengah otak. Apabila saraf ini terangsang boleh menyebabkan berimaginasi terhadap sesuatu perkara tidak logik (Majalah Al-Islam, Januari 2011).

7). Menurut Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz dalam majalah Al-Islam dikeluaran yang sama, “Terdapat lima golongan manusia dengan tahap ketakwaan yang berbeza-beza. Tahap pertama dikenali sebagai jahillin, tahap kedua a’ddin, tahap ketiga a’riffin, tahap keempat khosyiin dan tahap yang terakhir iaitu muhsinin. Golongan muhsinin inilah yang mampu memperoleh mau’nath ketika keadaan memaksa dengan izin Allah SWT. Selain itu, ada juga kelebihan-kelebihan yang lain selain mau’nath iaitu muhibbat dan karamah yang bersifat kurniaan, tetapi hanya boleh diperoleh oleh golongan yang paling tinggi selepas muhsinin seperti para wali pilihan Allah.

8). Menurutnya lagi, “Orang yang tidak pernah mengerjakan solat serta orang yang bukan Islam, mereka juga boleh memperoleh kelebihan tersebut, tetapi dipanggil dallalat. Dallalat ini boleh terjadi dengan menggunakan pendamping jin dan syaitan bagi bertujuan menyesatkan manusia daripada jalan Allah. Misalnya amalan yoga yang dipraktikkan oleh segelintir masyarakat kita hari ini yang dikatakan boleh melihat dan membaca imaginasi seseorang, ia merupakan salah satu contoh dallalat,” ujarnya.

9). Rumusannya, perbincangan dan perbahasan pancaindera keenam masih berlaku dan seolah-olah sentiasa segar di abad ke 21 ini walaupun kemungkinan operating system dalam komputer akan bertukar daripada Windows kepada Android.

Sekian dulu. 31 Disember 2010 (25 Muharam 1432).

============

Rujukan:

Lisa Collier Cool, Intuition: You’ve got it. Here’s why you should use it.(Reader’s Digest, December 2003). pp. (48-53).

Majalah Al-Islam, Januari 2011. Deria keenam atau gangguan mental? Halaman 30-31.

Majalah Al-Islam, Januari 2011. Kasyaf atau mukasyafah? Jangan mudah terpedaya … Halaman 33.

Advertisements

2 Comments »

  1. Jawa kelana said,

    memadai dengan panca(5)indera. Tapi, bonus utk kita kalau ada 6th sense …

    • kamilan said,

      Para pengurus barat sangat mencemburui mereka yang mempunyai ESP. Hanya mereka yang dikasihi Allah SWT akan mendapat ESP.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: