November 27, 2010

Nostalgik Aidil Adha 1431 Hijrah

Posted in Pengurusan at 12:59 am by kamilan

Persiapan awal setiap pagi raya untuk ke masjid sambil diiringi suara takbir dari corong radio rupanya menjadi nostalgia sewaktu zaman kanak-kanak.

Mengingati pesanan Syidina Umar al-Khattab supaya mendidik anak berdasarkan zaman mereka hidup dan bukannya didik anak seperti kamu dididik. Begitu juga, al-Maududi pernah berkata, generasi akan datang ditentukan oleh generasi sekarang. Dengan itu, pendekatan dakwah terhadap orang muda perlu disesuaikan mengikut peredaran semasa.

Pastinya takbir raya selama 4 hari iaitu pada 10 Zulhijah dan tiga hari Tasyrik 11 hingga 13 Zulhijah perlu dijadikan nostalgik terutama kepada generasi baru.

Kisah nabi Ibrahim al-Khalil a.s., isterinya Hajar dan anaknya Ismail a.s. boleh dijadikan manifestasi pengorbanan dan perbincangan tetap dalam khutbah Aidil Adha.

Nostalgia pagi raya Aidil Fitri dengan Aidil Adha ada bezanya kerana puasa Ramadan.

Justeru itu, pagi raya Aidil Adha perlu dirancang dengan baik supaya semua berjaya dilibatkan untuk persiapan korban selepas solat sunat raya.

“Moral story” ibadah korban yang berjaya dilaksanakan pada kali ini ialah:

i). perancangan melaksanakan korban supaya tidak menjadi “nazar” (wajib);

ii). bawa pisau tajam untuk menyiat kulit badan, kepala dan potong daging lembu;

iii). bertolak-ansur semasa melakukan 7 bahagian dengan sama rata melibatkan daging, tulang dan organ dalaman lain;

iv). semua anggota lembu mesti diurus tanpa membazir termasuk usus dan perut;

v). membungkus semula daging dan organ dalaman lain sekurangnya 300 gram untuk setiap bungkusan;

vi). Hanya mengambil sebanyak 1/3 sahaja; dan

vii). bersabar mengedar 2/3 yang lain dari rumah ke rumah;

Sekian. 20 Zulhijjah 1431 (27 November 2010).

=============

Mengawet daging lembu korban di Kemboja

===============

Catatan:

a). Nabi Ibrahim al-Khalil a.s. sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan seorang anak yang soleh. “Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.” Ash Shaaffaat, 100.

b). Ketika itu perkahwinannya dengan Sarah masih belum dikurniakan Ishak a.s.

c). Sebab itulah nabi Ibrahim a.s. berkahwin dengan Hajar.

d). Hasil perkahwinannya dengan Hajar dikurniakan anak bernama Ismail a.s. Kegembiraan itu telah dicatat dalam al-Quraan, “Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.” Ash Shaaffaat, 101.

e). Para ahli sejarah bersependapat di mana semasa dikurniakan Ismail a.s. usia nabi Ibrahim ialah 86 tahun.

=========

Blog Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: