January 24, 2010

Buku: Panduan Solat Sunat Duha

Posted in Buku at 11:20 am by kamilan

Sekurang-kurangnya sebanyak lapan tajuk telah dibincangkan dalam sebuah buku kecil yang berjudul “Panduan Solat Sunat Duha”. Buku ini telah diterbitkan pada tahun 2007 dengan kandungan sebanyak 53 halaman dan berukuran lebar 11 cm, panjang 15 cm serta tebal 0.5 cm. Buku ini harganya sangat berpatutan hanya RM3.00 sahaja.

Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam buku ini adalah mengenai pengertian solat Duha, kelebihan, waktu mengerjakannya, bilangan rakaat dan cara melaksanakan serta doa.

  Judul Buku: Panduan Solat Sunat Duha  
  Pengarang: H. Syahrin bin Jasah  
  Kandungan: 53 halaman  
  Cetakan Pertama, 2007  
  Pustaka al-Shafa, Kuala Lumpur.  
  Harga: RM3.00  
  ISBN 978-983-159-151-2  

Solat Duha dilakukan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT di samping mengharap dipermudah datangnya rezeki.

Waktu solat Duha bermula dari matahari terbit yang sudah naik kira-kira sepenggalah dan berakhir pada waktu Istiwa’, iaitu menjelang tergelincir matahari ke arah barat.

Menariknya, Rasulullah SAW telah mengaitkan anatomi manusia dengan keperluan melakukan kebajikan pada setiap hari ataupun melakukan solat Duha.

Dari Buraidah, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Dalam tubuh manusia ada tiga ratus enam puluh ruas tulang. Dia mesti bersedekah untuk tiap-tiap ruas itu. Para sahabat bertanya: ‘Siapakah yang sanggup melaksanakan itu ya Rasulullah?’ Beliau menjawab: ‘Kahak yang ada di masjid, kemudian ditutupnya dengan tanah, atau menyingkirkan sesuatu gangguan dari tengah jalan, maka yang demikian bererti sedekah. Kalau sekiranya tidak sanggup, maka cukup diganti dengan mengerjakan dua rakaat solat Duha.” (H.R. Ahmad dan Abu Daud).

Perbincangan mengenai bilangan rakaat solat Duha yang paling banyak dilakukan oleh Rasulullah SAW juga dibincangkan dalam buku ini.

Berpendoman kepada sistem tarjih, iaitu memilih mana yang kuat dalilnya, maka solat Duha itu mempunyai rakaat sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-banyaknya lapan rakaat. Sebaiknya dilakukan setiap dua rakaat satu kali salam.

Bagaimanapun, melakukan solat Duha melebihi lapan rakaat tidaklah menjadi kesalahan kerana terdapat dalil daripada hadith yang dinilai oleh sebahagian ahli hadith sebagai da’if.

Dalam buku ini juga terdapat hadith mengenai tiga perkara yang diwasiatkan oleh Rasulullah SAW supaya selalu dikerjakan, iaitu: berpuasa tiga hari setiap bulan pada tanggal 13, 14 dan 15; melakukan solat Duha dua rakaat; dan solat di malam hari sebelum tidur;

Dari Abu Hurairah, “Nabi SAW yang tercinta memesankan kepadaku tiga perkara, iaitu supaya aku berpuasa tiga hari setiap bulan, mengerjakan dua rakaat solat Duha dan berwitir dahulu sebelum tidur.

Dengan mengamalkan solat Duha setiap hari, insya-Allah akan dilimpahkan dalam kehidupan dan dimurahkan rezeki bahkan dari sumber yang tidak disangka-sangka.

RINGKASAN BUKU:
H. Syahrin bin Jasah, (2007). Buku Panduan Solat Sunat Duha. Pustaka al-Shafa, Kuala Lumpur. pp. 53.

Sekian dulu. 24 Januari 2010 (08 Safar 1431).

Advertisements

1 Comment »

  1. […] Solat sunat Duha […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: