December 6, 2009

Perubahan iklim dari Kyoto ke Copenhagen

Posted in Alam at 2:42 pm by kamilan

Sidang Kemuncak Perubahan Iklim anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan bermula pada 7 hingga 18 Disember di Copenhagen, Denmark.

Jika di Kyoto, Jepun pada tahun 1997 sebanyak 189 negara telah hadir untuk mewujudkan mekanisme mengekang perubahan iklim dunia. Tetapi bilangan negara yang akan hadir di Copenhagen dijangkakan meningkat sebanyak 192.

Semasa perbincangan di Kyoto, tiga negara penyumbang perubahan iklim terbesar yang tidak hadir iaitu Amerika Syarikat, India dan China.

Kali ini ketiga-tiga negara tersebut akan hadir di Copenhagen dengan alasan tersendiri.

Cuma, Al Gore yang merupakan pemenang hadiah Nobel (2007) dan juga bekas orang nombor dua Amerika Syarikat semasa kepimpinan Clinton tidak dapat hadir. Walaupun tiket untuk mendengar ucapannya mengenai perubahan iklim yang paling mahal sebanyak USD1,200.00 telahpun dijual.

Isu perbincangan perubahan iklim bolehlah diumpamakan seperti kisah petani yang tinggal berhampiran di kawasan perindustrian.

Setiap hari gas karbon dioksida akan dikeluarkan ke udara secara berterusan. Tentu sekali kepekatan gas tersebut akan meningkat di atmospera apabila diukur dengan unit parts per million (ppm).

Berapalah sangat gas karbon dioksida akan diserap oleh pepohon hijau yang diusahakan oleh petani jika para pemunya industri yang kaya-raya tidak ambil pusing untuk menyumbang dari sebahagian keuntungannya untuk menangani perubahan cuaca di persekitaran.

Purata suhu dunia hari ini telah meningkat sebanyak 0.7 darjah Celsius semenjak 100 tahun yang lalu.

Jika pengusaha industri buat-buat jahil mengenai alam sekitar dan melupai peranan tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility, CSR). Manakala para petani miskin tidak dibantu menyuburkan kehijauan pokok menyebabkan mereka meningkatkan aktiviti pembakaran kononnya untuk menyuburkan tanah. Akhirnya berlaku takungan gas karbon dioksida yang dikenali juga sebagai kesan rumah hijau (greenhouse gas, GHG). Lama kelamaan berlakulah pemanasan suhu di persekitaran.

Kini telah mula berlaku pemanasan global (global warming) kerana terdapat kesan rumah hijau yang disebabkan aktiviti pembebasan gas karbon dioksida di atmosfera dunia.

Belum lagi diambil kira dengan lapisan ozon yang semakin menipis dan mungkin sudah berlaku kehilangan lapisan ozon. Sinar matahari terus memancar ke planet bumi tanpa melalui lapisan ozon terlebih dahulu. Akibatnya, terdapat kawasan yang menerima pancaran matahari tanpa ditapis oleh ozon.

Sebelum Revolusi Perindustrian pada abad ke-19, kepekatan GHG di atmospera bumi dalam keadaan stabil iaitu 280 ppm disebabkan oleh letusan gunung berapi, biometabolisme dan proses alamiah. Tetapi sekarang, paras kepekatan GHG telah meningkat kepada 387 ppm.

Bumi bertambah panas. Ketulan ais di atas permukaan laut Antartika mula mencair. Keadaan iklim dunia mula sukar diramalkan. Banjir besar kadang-kadang berlaku secara tiba-tiba.

Kemungkinan kejadian banjir kilat di Jeddah, Arab Saudi pada 25 dan 26 November lalu, merupakan kesan fenomena perubahan iklim dunia yang semakin tidak stabil. Banjir tersebut disifatkan terburuk dalam tempoh 27 tahun sehingga menyebabkan kematian 106 orang dan 350 lain hilang.

Benarlah kerosakan muka bumi ini kerana tidak diurus dengan sempurna sebagaimana firman Allah SWT dalam surah ar-Ruum, ayat 41 (al-Quraan, 30:41) yang bermaksud, “Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Sekian. 06 Disember 2009 (19 Zulhijjah 1430).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: