November 29, 2009

Gandrung berdoa di Arafah

Posted in Uncategorized at 8:59 pm by kamilan

Nampaknya ramai yang berebut-rebut menggunakan perkhidmatan yang selesa dan pantas. Apa lagi di minggu menghampiri Aidul-Adha, semua jenis tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu mulai 25 November telah habis dijual.

Alhamdulillah, pada 23 November menerusi jalan darat perjalanan ke Melaka berjaya dilakukan. Pada hari itu, semua jalan daripada Kota Bharu menuju Kuala Lumpur telah terputus kecuali Jerangau-Jabor. Jalan Jerangau pun terdapat runtuhan tetapi masih boleh digunakan.

Agaknya doa para peserta kursus supaya Allah SWT memberikan kemudahan menuju destinasi tersebut.

============

Dalam perjalanan pulang (25 November) lebih kurang jam 8.30 malam, terdengar gemersik bacaan doa al-Ma’thurat di radio IKIM. Lalu luluh hatiku kerana sangat rindu (gandrung) berdoa di Arafah.

Esok, 26 November (09 Zulhijjah) adalah wukuf di Arafah.

============

Masih teringat lagi kehijauan pohon bersama saluran air khas di Arafah pada tahun 2001 yang lalu.

Teringat syahdunya talbiah semasa menuju dan berada di Arafah.

“Labbaika Allahumma labbaik.
Labbaika la syarika laka labbaika.
Innal hamda wanni` mata laka wal mulka.
laa syarika laka.
 (Ya Allah, aku datang karena panggilan-Mu.
Tiada sekutu bagi-Mu.
Segala nikmat dan puji adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu.
Tiada sekutu bagi-Mu).

===================

Rasullullah SAW telah bersabda, “Haji itu adalah wukuf.

Hebatnya, Arafah di situlah tempat di mana khutbah perpisahan (khutbah wada’) oleh Rasulullah SAW. Pada ketika itu juga turunnya surah al-Maa’idah ayat ke-3 (al-Quraan, 5:3).

Nabi Adam dan Hawa setelah dikeluarkan dari Syurga ke bumi dalam keadaan terpisah selama 40 tahun dapat bertemu semula di Arafah.

Semua orang berpakaian ihram seperti kain kafan dan duduk di khemah semasa wukuf di Arafah.

Semasa di Arafah perlu sekali untuk menjaga tingkahlaku dan perasaan termasuk perbicaraan di dalam hati.

Semua perkataan yang luah dan perkara yang difikir akan ditunaikan oleh Allah SWT dengan segera.

Terdapat hadith yang menyatakan terdapat dosa yang tidak akan tertebus kecuali dengan melakukan wukuf di Arafah.

Begitulah hebatnya Arafah yang menuntut kekuatan segala-galanya terutama mental, perasaan dan fizikal.

Tidak ada dosa bagimu untuk mencari karunia (rezki hasil perniagaan) dari Tuhanmu. Maka, apabila kamu telah bertolak dari ‘Arafat, berzikirlah kepada Allah di Masy’arilharam (ialah bukit Quzah di Muzdalifah) Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat.” (Surah al-Baqarah, 198).

===================

Aidil-Adha merupakan perayaan besar dengan iringan bacaan takbir daripada 10 hingga 13 Zulhijjah.

Tahniah kepada mereka yang telah berjaya berkorban.

Ya Allah, pilihlah daku untuk menjadi tetamu Mu.

Hatiku gandrung berdoa di Arafah.

Sekian. 29 November 2009 (12 Zulhijjah 1430).

==============

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: