November 21, 2009

Sintesis dan sintetis pembacaan

Posted in Lestari at 3:34 am by kamilan

1). Hari ini terfikir, bagaimanakah sekiranya buku-buku dalam kepelbagaian disiplin ilmu terutama dari kaca mata barat jika dibaca sahaja tanpa dilakukan sintesis dengan Islam?

2). Menurut Kamus Dewan (2007), melakukan sintesis adalah proses untuk menyatukan pelbagai unsur, bahagian, bahan dan sebagainya menjadi suatu kesatuan, pengabungan atau pemaduan. Sintesis itu dilakukan dengan menyatukan, menggabungkan atau memadukan.

3). Seperti proses menderma dan memindahkan organ (organ donation and transplantation) memerlukan kesesuaian saiz badan dan kimia badan (compatibility of body size and blood chemistries). Bukannya mudah penderma organ (donor organs) dapat mendermakan organnya jika tiada penerima (recipients) yang bersesuaian dengan organnya.

4). Begitu jugalah melakukan sintesis dan sintetis dengan Islam memerlukan pengetahuan asas Islam dan kefahaman yang jelas mengenainya supaya ianya bersesuaian. Nampaknya perlu melihat semula sukatan pendidikan (syllabus) fardu ain. Topik perbincangan fardu ain boleh diperolehi di halaman kandungan buku-buku fardu ain yang boleh diperolehi di toko-toko buku.

5). Sudah tentu kefahaman untuk melakukan proses sintesis dan sintetis menerusi pembacaan sahaja tidak mencukupi. Selepas pembacaan memerlukan perbincangan bersama-sama mereka yang arif dan dipercayai di bidang disiplin ilmu tertentu. Perbincangan sahaja tanpa pembacaan juga menyebabkan berlaku tidak keseimbangan ke arah kefahaman sebenar sesuatu ilmu.

6). Menurut Prof. Dr. Hamka (1958), “Orang umum pun tahu bahawa tiang Islam yang wajib dipegang oleh sekalian Muslimin adalah sebelas perkara: enam pada bahagian iman (Rukun Iman) dan lima pada Islam (Rukun Islam)”.

7). Sudah tentu tahap mengetahui dan memahami sesuatu adalah berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain (Bloom, 1956).

Sekian. 21 November 2009 (04 Zulhijjah 1430).

RUJUKAN:

Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah (Prof. Dr. HAMKA), (1958). Sebuah Polemik Agama: Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor. Diterbitkan semula oleh Pustaka Dini Tahun 2009. Halaman 40 daripada 114.

Bloom’s taxonomy of learning domains the three types of learning. http://www.nwlink.com/~donclark/hrd/bloom.html

 ===========

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: