October 18, 2009

Khasiat sarang burung walet

Posted in Alam at 9:08 am by kamilan

Perdagangan sarang burung walet bermula di China semenjak Dinasti T’ang (618-907 Selepas Masihi).

Sarang burung walet dipercayai mampu melancarkan fungsi paru-paru, melegakan batuk, membersihkan darah dan memulihkan tenaga selepas demam. Ianya juga mampu memulihkan penyakit asma, menguatkan daya ingatan dan kecerdasan minda, menambahkan daya tahan tubuh, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kekuatan jantung serta melambatkan proses penuaan.

Masyarakat Cina juga percaya sarang burung walet merupakan agen pemutihan kulit dan untuk kesihatan mata.

Terdapat perbezaan antara burung walet (swift) dan burung layang-layang (swallow).

Burung walet (famili Apodidae) menghasilkan sarang yang boleh dimakan. Manakala burung layang-layang (family Hirudininae) menghasilkan sarang tidak boleh dimakan kerana diperbuat daripada rumput dan batu.

Walaupun burung walet tidak boleh bertenggek tetapi semua aktiviti seperti makan, minum dan mengawan dilakukan semasa terbang. Tidur dan membuat sarang di dalam gua atau bangunan buatan manusia. Burung ini akan keluar dari sarang di awal pagi dan pulang ke sarang sebelum waktu senja.

Burung walet hidup setia dengan satu pasangan (monogamy). Akan menukarkan pasangannya daripada kumpulan yang lain apabila salah satu pasangannya mati.

Burung layang-layang pula boleh bertenggek dan biasanya tidur di talian letrik atau talipon.

Berbanding burung layang-layang (family Hirudininae), ia boleh bertenggek tetapi sarang yang dihasilkan tidak boleh dimakan. Sarang burung ini dibuat daripada rumput dan batu.

Sarang burung walet dibina daripada cecair kelenjar yang terdapat bersebelahan kelenjar saliva burung walet. Ia akan keras apabila terdedah kepada udara.

Burung walet tidak akan membuang najis di dalam sarangnya. Najis akan dikeluarkan tanpa mengenai sarangnya.

Begitulah kehebatan Allah SWT, mencipta burung walet untuk kegunaan manusia. “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (al-Quraan, Surah ar-Rahmaan, 55:13)

Kandungan sarang burung walet terdiri daripada gliko-protein dari jenis proteoglikan (PG) yang tidak wujud dari saliva binatang-binatang lain (Hiroki et. al., 2007).

Manakala, Nurul Huda et. al., (2008) mendapati ianya terdiri daripada element pemakanan berkualiti seperti kandungan protein yang tinggi, lemak yang rendah, mikro-mineral seperti Na, Ca, Mg, K, P, Fe dan lemak tak tepu seperti asid lemak Omega-6.

Salah satu pencemaran yang boleh didapati dalam sarang burung walet iaitu najis dan ammonia. Ini adalah kerana terdapat pengusaha sarang burung walet akan menggunakan cecair daripada najis burung walet sebagai ‘aroma tarikan’ dengan menyapu di dinding Rumah Burung Walet dan sebagainya.

Aroma tarikan ini akan menyebabkan burung-burung walet datang berkumpul di Rumah Burung Walet tetapi kandungan sarang burung tersebut mungkin akan tercemar dengan najis atau ammonia.

Sekian. 18 Oktober 2009 (29 Syawal 1430)

 

Rujukan:

Hiroki, N., Yoichiro, H., Toshihisa, S., Su-Chen, L., Karol, M., Kittiwan, K., Shuji, M., Kazuyuki, S. and Yu-Teh, L. (2007). Occurrence of a nonsulfated chondroitin proteoglycan in the dried saliva of Collocaliaswiftlets (edible bird’s-nest). Glycobiology, 17(2):157–164.

JPH (2005). Amalan Baik Penternakan Haiwan Untuk Perladangan Burung Walit Spesis Aerodermusdan Perumahnya. Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Kementerian Pertanian Malaysia.pg. 28. http://www.jphpk.gov.my/Malay/walit.pdf.pdf

Nurul Huda, M.Z., Zuki, A.B.Z., Azhar, K. Goh, Y.M., Suhaimi, H., Awang Hazmi, A.J., and Zairi M.S. (2008). Proximate, elemental and fatty acid analysis of pre-processed edible birds’ nest (Aerodramus fuciphagus): A comparison between regions and type of nest. Journal of Food Technology, 6(1):39-44.

=========

Advertisements

1 Comment »


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: