August 9, 2009

Mengharap walet menjadi tetamu

Posted in Alam at 9:34 pm by kamilan

1). Pada awal bulan Julai yang lalu (04 Julai 2009) telah berpeluang turut serta berbincang mengenai hubungan manusia, burung walet dan layang-layang di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu.

2). Sebenarnya hanya sebab duit sahaja yang menjadi pengikat antara hubungan manusia dengan burung layang-layang dan walet.

3). Tujuan untuk konservasi atau pengekalan spesis (conservation) burung walet hanyalah sampingan sahaja. Ianya hanya sebagai penyedap halwa telinga.

4). Para pedagang sarang burung hanya memikirkan keuntungan usaha mereka. Permintaan dan harga sarang burung walet sangat tinggi maka mereka sanggup menyediakan prasarana mewah supaya bangunannya menjadi tumpuan burung tersebut untuk membuat sarang di dalam bangunan mereka.

5). Jika bukan hubungan duit sudah tentu mereka sanggup menyediakan bangunan mereka untuk dijadikan sarang burung layang-layang. Sarang burung layang-layang tiada harga. Mengapa mereka tidak melakukan usaha konservasi terhadap burung layang-layang?

6). Sempat merasai sebanyak 180 ml air sarang burung walet berperasa gula batu (madu) dengan tanda halal yang berharga RM10.00

7). Sarang burung walet tanpa dibuang bulu burung dan dibersihkan berharga sekitar RM3,000.00 hingga RM5,000.00 untuk sekilogram.

8). Harga tersebut akan meningkat lagi setelah sarang burung walet tersebut dibuang bulu dan dibersihkan secara tradisional (dengan tangan dan tanpa mesin).

9). Pandangan kasar terhadap burung layang-layang dengan walet semasa terbang seolah-olah ianya sama tetapi sebenarnya tidaklah serupa. Bukankah kedua-duanya unggas itu apabila terbang melayang serupa berwarna hitam? Kehidupan dan tabiat burung layang-layang dengan walet memang terdapat perbezaan yang ketara.

10). Sungguhpun kedua-duanya berada dalam kelas Aves. Tetapi walet dalam order Apodiformes (tidak berkaki) dan dalam famili Apodidae (swift). Manakala burung layang-layang berada dalam order Passeriformes dan famili Hirundinidae.

11). Burung layang-layang biasanya tidur di atas wayar elektrik. Sarangnya penuh daun-daun kering boleh didapati di bahagian atas kaki-kaki lima bangunan lama.

12). Manakala, burung walet akan tidur di dalam gua atau bangunan yang disukainya. Sarang burung walet terhasil dari air liur burung tersebut dan rupanya seperti “keropok” yang tidak berwarna setelah digoreng. Burung walet ini tidak akan membuang najis dalam sarangnya.

13). Burung walet tidak mempunyai kekuatan kaki untuk berjalan. Jika burung walet tidak mampu terbang dan diletakkan di atas permukaan tanah atau pasir. Ia akan mati begitu sahaja.

14). Walaupun burung walet kakinya lemah, namun begitu semua aktiviti seperti makan, minum dan mengawan dilakukan semasa terbang di udara.

15). Tiada sesiapa yang dapat menghalang kebebasan burung walit untuk berhijrah. Penghijrahan burung walit pernah berlaku dari bumi Indonesia ke Malaysia kerana fenomena La Nina dan kejadian pembakaran hutan secara besar-besaran yang menyebabkan jerebu pada awal tahun 2000 (Bernama, 2008).

16). Bagi mewujudkan “rumah burung walet berjaya” (David, 2008), kebersihan persekitaran sarang burung dan lingkungan persekitarannya (sekurang-kurangnya 200 meter secara radius) hendaklah dalam keadaan ekosistem yang seimbang dan sejahtera.

17). Persekitaran premis yang dihuni burung walit di samping memerlukan sistem ventalasi untuk mengekalkan suhu antara (23-30) darjah Celcius, kelembapan udara (70-90)%, kesesuaian pencahayaan serta bunyi, najis sentiasa dibersihkan dan situasi kering tanpa ekto-parasit (JPH, 2005);

18). Premis tersebut hendaklah bebas daripada pemangsa serta makhluk perosak seperti tikus, burung hantu, ular, cicak, lipas, semut dan anai-anai.

19). Para pekerja hendaklah sentiasa menggunakan penutup pernafasan.

20). Kesejahteraan kehidupan di lingkungan persekitaran sekurang-kurangnya 200 meter secara radius daripada “rumah burung walet berjaya” tersebut tidak terancam atau mengancam industri sarang burung walet.

21). Penduduk di lingkungan persekitaran tersebut perlu bebas dari penyakit berjangkit terutama oleh bawaan vektor seperti denggi. Jika berlaku peningkatan kejadian kes denggi di persekitaran luar premis “rumah burung walet berjaya” akan terganggu oleh semburan kabut racun serangga yang berterusan sehingga jangkitan diberhentikan.

22). Persekitaran luar bangunan yang menjadi rumah burung walet perlu dilestarikan dengan pokok-pokok supaya menjadi kegemaran serangga untuk berkumpul dan secara tidak langsung menjadi bekalan sumber makanan kepada anak-anak burung walet yang dikumpulkan oleh ibunya.

23). Para pedagang menyediakan bangunan yang dipenuhi prasarana supaya tetamunya iaitu burung walet agar datang membuat sarang. Sarang yang tidak diambil akhirnya juga akan digugurkan oleh burung walet itu sendiri.

24). Hubungan manusia dan burung walet adalah simbiosis kerana wang. Apakah simbiosis itu bersifat mutual yang menguntungkan bersama? Bagaimanakah tanggungjawab sosial kepada penduduk yang berada di persekitaran rumah burung walet telah dilakukan oleh para pedagang tersebut?

25). Apakah setelah berjaya mewujudkan “rumah burung walet” dan berupaya menghasilkan sehingga melebihi 10 kilogram sarang burung setiap bulan maka tiada tanggungjawab sosial untuk mewujudkan lestari lingkungan persekitaran dan hubungan sesama manusia yang lain?

26). Apakah hubungan manusia dengan manusia juga perlu berdasarkan wang? Manakah konsep “people helping people”?

27). Apa yang mustahak ialah muhasabah diri selepas seminggu turut serta dalam perbincangan di majlis tersebut. Keperluan untuk kembali kepada asas berkomunikasi berkesan apabila berhadapan dengan kepelbagaian budaya dan kepentingan ekonomi.

28). Begitulah kehebatan yang Allah SWT berikan kepada burung walet.

29). Sewajarnya sebagai khalifah di muka bumi ini, bukan sahaja berjaya mengaut keuntungan tetapi tidak melupai tanggungjawab sosial kepada lingkungan persekitaran dan penduduk setempat supaya ianya bertambah makmur.

Sekian dulu.

09 Ogos 2009 (18 Syaaban 1430).

RUJUKAN:

Bernama (2008). Pengusaha Sarang Burung Walit Mukah Dalam Dilema. 14 November, 2008.

David, L. (2008). Laporan Isu-Isu Industri Sarang Burung Walit di Malaysia. Kajian bertulis 2002 oleh David Lim YC. Semakan dan kemaskini pada 2005 dan 2008 bersama dengan ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Pemilik Rumah Sarang Burung Malaysia (dikemaskini November 2008).

JPH (2005). Amalan Baik Penternakan Haiwan Untuk Perladangan Burung Walit Spesis Aerodermus dan Perumahnya. Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Kementerian Pertanian Malaysia. pg. 28.

==========

Advertisements

2 Comments »

  1. […] Cina juga percaya sarang burung walet merupakan agen pemutihan kulit dan untuk kesihatan […]

    • pepy said,

      gak usah cina .aku aja percaya kok .om saya waktu itu sakit napas .dia tak kasih anakan sriti yg baru menetas selama 3 x selang seminggu ada perubahan sssssehingga napas omku gak kaya mau dijabut nyawanya …..katanya …………………….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: