May 28, 2009

Bosannya memandu?

Posted in Pengurusan at 4:52 pm by kamilan

1). Seolah-olah diri semakin tidak yakin untuk memandu jauh. Walaupun hanya memandu selama setengah jam ianya sudah cukup menjemukan. Menguap, mengantuk dan terlelap sementara menanti lampu lalu-lintas bertukar warna ke hijau. Apakah ini menunjukkan kekuatan dan semangat semakin luntur untuk memandu?

2). Lamanya perjalanan dengan bersantai dari Kota Bharu ke Cherating lebih kurang tujuh jam. Sudah tiga episod mata terlelap dari Kota Bharu hingga ke Cherating. Jika tanpa pemandu maka jumlah jam perjalanan ke Kota Bharu ke Cherating tentulah melebihi tujuh jam.

3). Apabila berada di bandar Kemaman terserempak seseorang bersongkok yang sedang memandu kereta berwarna merah dalam lingkungan usia melebihi tujuh puluh tahun. Sungguhpun di sisinya orang muda. Ia memandu dengan penuh bergaya dan bersahaja.

4). Nampaknya perlu bersenam harimau dan kucing pada setiap hari untuk mengembalikan kecergasan.

5). Semasa tiba di bandar Kuala Terengganu, singgah makan tengahari berhampiran antara bangunan Persekutuan dan Darul Iman. Selepas makan mencongak harga makan tengahari sebanyak RM16.50 untuk dua orang. Jika segelas air masing-masing dua ringgit tentulah harga sepinggan lebih kurang tujuh ringgit. Kemudian sempat mengambil bahan penerbitan percuma yang diletakkan di atas kerusi. Bahan penerbitan itu bernama “GANUKITA” Bil 07 bertarikh 30 April 2009.

6). Perkara menarik di muka depan penerbitan tersebut ialah Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said telah mengutarakan perlunya melengkapkan konsep 5M iaitu ‘memahami, menghalusi, menjiwai, melaksana dan memantau’ dalam melaksanakan sesuatu usaha. Jika tidak efektif perlulah berani mengetengahkan perkara itu supaya dapat menemui formula yang lebih baik. Perkhidmatan yang dikehendaki ialah pantas, cekap, berkesan dan mesra. Kelemahan dapat diperbaiki dengan menilai semula keberkesanan menerusi ‘post-mortem’ dengan kadar segera. Pendekatan yang diketengahkan ialah “merakyatkan pentadbiran dan pembangunan”. Amalan pengurusan terbaik perlu diterapkan supaya terhasil persekitaran, prestasi, produktiviti dan kualiti kerja yang bermutu tinggi. Catatan yang diambil dari GANUKITA ini adalah sempena perjumpaan Menteri Besar dengan Pegawai Tadbir N52 ke atas, di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

7). Sepanjang perjalanan ternampak kain rentang dengan gambar Menteri Besar dan murid sekolah rendah berjaket merah sedang memegang komputer riba yang mengandungi e-book. Bagaimanapun kisah semua murid-murid sekolah rendah di negeri Terengganu mendapat e-book yang merupakan pertama di Malaysia belum dimuatkan dalam GANUKITA yang bertarikh 30 April 2009 tersebut.

Sekian dulu. (28 Mei 2009 bersamaan 03 Jamadilakhir 1430).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: