May 14, 2009

Persiapan hari persaraan

Posted in Persaraan at 8:46 pm by kamilan

1). Berapa lama lagikah tarikh persaraan? Bilakah hendak bersara? Apakah yang hendak dilakukan selepas bersara? Adakah tanggungan selepas persaraan? Bagaimanakah keadaan kesihatan diri ketika dan selepas bersara? Perlukah kerjaya kedua ketika usia persaraan? Apakah kerjaya berikutnya selepas persaraan? Begitulah persoalan yang bermain di benak pemikiran ketika duduk di majlis persaraan seorang teman.

2). Memang benar jika bermain kata-kata. Tarikh persaraan belum pasti. Tarikh yang pasti adalah tarikh kematian. Kalau begitu persiapan bagaimanakah yang perlu dilakukan apabila tarikh kematian mendahului tarikh persaraan sedangkan persoalan selepas persaraanpun masih belum terjawab dengan jelas.

3). Semakin hari bertambah tanggungjawab. Bagaimanapun status kekuatan dan kesihatan diri semakin menurun. Jika begini keadaannya teori graf adalah berkadar songsang. Jika dibenarkan kata hati kecil sebegini tentu akan mempengaruhi otak luar kawal supaya tidak terus berusaha memajukan diri.

4). Kebanyakan yang ditemui selepas bersara akan berehat di rumah. Pengalaman yang lalu mereka yang bersara walaupun pada usia 55 tahun. Terus berehat di rumah. Selepas 6 bulan, terdapat perubahan ketara yang menurun pada kesihatannya.

5). Ada yang bersara pada usia 56 tahun tetapi terus aktif mempelajari al-Quran, menyalin nota kuliah di masjid, melakukan kerja dengan berpeluh dan membantu insan yang lain yang memerlukan. Kesihatannya bertambah baik. Kehidupannya ceria. Rezekinya bertambah melimpah.

6). Dengan itu, insya-Allah, teori graf itu berupaya menjadi berkadar terus. Walaupun semakin hari bertambah tanggungjawab, kekuatan dan kesihatan diri sentiasa dan bertambah baik. Teori ini boleh dicapai dengan berdoa kepada Allah SWT dan menggunakan kaedah fisiotrapi.

7). Bukankah dengan izin daripada Allah SWT mereka yang lemah keupayaan fizikalnya apabila mengikuti sessi fisiotrapi atau cara-kerja boleh pulih semula.

8). Begitu juga dengan menggunakan kaedah pengurusan terkini bebanan tanggungjawab dapat dikurangkan.

9). Kesihatan diri boleh dimantapkan dengan mengikuti tip-tip yang disyorkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

10). Kaedah bersenam juga perlu diselaraskan dengan kemampuan dan peningkatan usia.

11). Graf usia, tanggungjawab dan kesihatan diri akan berkadar terus. Tambahan lagi Rasulullah SAW telah mengajar doa untuk terus sihat walafiat. Contoh hadith berkaitan doa kesihatan adalah seperti berikut.

12). Dari Abdurrahman bin Abi Bakrah r.a. bahwa sesungguhnya ia berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, aku mendengar engkau berdoa setiap pagi: Ya Allah sihatkanlah badanku, Ya Allah sihatkanlah pendengaranku, Ya Allah sihatkanlah penglihatanku. Ya Allah sesungguhnya aku berlindung padaMu dari kekafiran dan kefakiran; Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari azab kubur; tidak ada Tuhan selain Engkau. Kau ulangi pula pada waktu pagi 3 kali dan 3 kali pada waktu sore.” Lalu ayahku berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berdoa dengan kalimat-kalimat itu dan aku senang sekali mengikuti contoh yang diberikannya.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan lain-lain).

13).  Jika diamati doa tersebut. Kejayaan menjauhi daripada kekafiran dan kefakiran dapat membantu merealisasikan lagi graf tersebut supaya menjadi berkadar terus.

14). Begitu juga Rasulullah SAW berpesan supaya mengamalkan membaca surah at-Taubah ayat 129. Sebagaimana dalam hadithnya, dari Abu Darda’ r.a. dari Nabi SAW, ia berkata: Barangsiapa berkata setiap hari ketika memasuki pagi dan ketika memasuki waktu sore: “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘arash yang agung.” 7 kali, Allah akan mencukupinya dalam hal-hal yang menyulitkannya, berupa urusan dunia dan akhirat.” (Dikeluarkan oleh Ibnu Suni dan Ibnu Asakir, Hadis Marfu’: dikeluarkan juga oleh Abu Dawud, tetapi Mauquf pada Abi Darda’).

15). Ayat al-Quraan surah at-Taubah, 129 tersebut telah menegaskan jika mematuhi konsep tawakal sebenar. Insya-Allah setiap urusan di dunia dan akhirat akan dipermudahkan.

16). Semoga grafku berkadar terus.

Sekian dulu. 14 Mei 2009 (19 Jamadilawwal 1430)

RUJUKAN:

Warisan Suci Al-Ma’tsurat. asy-Syaikh Hasan al-Banna (1986). Penerbit Mizan. Thinkers Library Sdn. Bhd. 112  Halaman.

===========

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: