March 21, 2009

Taugeh

Posted in Uncategorized at 1:48 am by kamilan

1). “Cerita taugeh” dalam buku terbaru Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj (2009) yang bertajuk “Tau Tak Apa” telah mengingatkan nostalgia semasa berada di Pulau Lombok pada tahun 2002.

2). Sepanjang berada di Pulau Lombok telah dapat belajar tentang budaya dan kehidupan di situ. Namun yang menarik sekali ialah nasihat dari seorang pengamal perubatan berketurunan Batak tentang pemakanan taugeh dan melebihkan minuman air kosong. Menurut beliau telah menjadi amalan kaum Batak memakan segengam taugeh (chambah) di awal pagi. Taugeh itu dapat membekalkan vitamin-B. Penyediaan taugeh juga cukup mudah. Memasukkan kacang hijau di dalam tempayan berisi air dan seterusnya ianya akan menjadi taugeh. Semoga, Bapak Gultung sentiasa sihat walafiat. Lama sekali kita tidak berhubungan sekarang.

3). Dalam penulisan Dr. Tuah tentang taugeh dalam buku tersebut. “Tak guna badan keras bagai balak, tapi hatinya lembut bagai taugeh, tapi biar makan taugeh hari-hari supaya badan akhirnya sekeras balak.” 

4). Taugeh dianggap kebanyakan orang makanan low-class. Tapi sebenarnya banyak khasiat. Mungkin taugeh inilah yang boleh membantu untuk mengekang kegawatan ekonomi sekarang ini.

Sekian dulu. 21 Mac 2009 (24 Rabiulawal 1430).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: