March 9, 2009

Mencari sasaran

Posted in Uncategorized at 9:56 am by kamilan

1). Kelahiran Rasulullah SAW jatuhnya pada hari ini. Terdapat juga pendapat yang mengatakan sambutan kelahiran ini merupakan bidaah (perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW). Alasan mereka cukup mudah kerana Rasulullah SAW sendiri tidak melakukannya setiap tahun semasa baginda masih hidup, mengapa perlu diadakan?

2). Ada yang keras pendapatnya mengatakan walaupun bidaah hasanah (baik), ianya juga merupakan bidaah.

3). Memandangkan tokoh yang sangat menyukai sambutan hari lahir (maulid) Rasulullah SAW dianjurkan ialah Salahuddin al-Ayubi. Bahkan orang Eropah cukup mengenalinya dengan panggilan Saladdin. Persoalannya adakah mereka yang sering mengatakan bidaah itu telah menunjukkan contoh kejayaan  seperti Salahuddin al-Ayubi yang juga disegani oleh kawan dan lawan.

4). Kejayaan Salahuddin bukannya datang dengan mudah. Kejayaannya dilakukan dengan bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT. Tenteranya yang tidak “menghidupkan malam” tidak dimasukkan ke dalam barisan perang pada hari tersebut. Kekurangan (shortfall) diatasi dengan kejayaan (achievement) melebihi sasaran yang ditetapkan (target).

5). Mungkin yang menyebabkan berlaku “shortfall” kerana sasaran yang dibuat terlalu tinggi. Dengan itu menyebabkan kejayaan tidak pernah tercapai.

6). Nampaknya untuk membuat sasaran (target) perlu dilakukan perkiraan. Ada yang mengatakan biarlah sasaran itu menjurus dan jelas (Specific), boleh diukur (Measurable), boleh dicapai (Achieable), masuk akal (Realistic) dan mempunyai tempoh penyudah (Time-Bound). Atau ringkasnya menetapkan sasaran dengan kaedah SMART iaitu daripada perkataan Specific, Measurable, Achieable, Realistic dan Time-Bound.

Sekian dulu. Selamat menyambut Maulidil-Rasul. 12 Rabiulawal 1430 (09 Mac 2009). 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: