March 3, 2009

Hari lahir bersama labu

Posted in Uncategorized at 2:51 pm by kamilan

1). Bebanan tanggungjawab pada bulan Februari terakhir ini semakin berat. Seolah-olah hadiah hari lahir kali ini ialah “keupayaan menyelesaikan sesuatu yang diamanahkan dalam masa yang ditetapkan.” Sebagai manusia hanya mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT untuk menyelesaikannya dengan kadar segera, “tiada kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah” (al-Quran, 18:39).

2). Dalam mencari jalan menyelesaikan sesuatu masalah. Pergerakan aktif sengaja dilakukan supaya otak berupaya bekerja dengan sewajarnya. Perbincangan juga telah dilakukan bersama rakan-rakan selama dua malam pada akhir bulan Februari ini juga di “the Frontier of Kuching’s Golden Tringle“. Ianya mengingatkan kembali nostalgia lebih lima tahun yang lalu di tempat yang sama. Kerja yang agak rumit boleh juga diselesaikan asalkan adanya ketekunan dan ketabahan. “Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.” (al-Quran, 18:10)

3). Semasa di Kuching, Sarawak sempat solat Jumaat di Masjid Bahagian Kuching. Masjidnya agak besar dan luas. Walaupun hari hujan, ramai bersesak-sesak untuk melaksanakan solat Jumaat. Selepas selesai solat Jumaat terdapat jenazah yang hendak disolatkan. Cuma seolah-olah ramai yang masih kurang faham betapa besarnya kelebihan melakukan solat jenazah. Perkara seperti ini juga berlaku di kalangan para jemaah haji semasa berada di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah. 

4). Bukannya sukar solah jenazah. Hanya niat mengikut imam. Cuma 4 takbir. Selepas takbir pertama baca al-Fatihan, sesudah takbir kedua membaca selawat nabi, kemudian sesudah takbir ketiga baca doa pendek memadai “Allah-huma-firlahu, war-ham-hu” (jika lelaki). Jika perempuan, “Allah-huma-firlaha, war-ham-ha“. Setelah itu sesudah takbir keempat, memadai diam dan ikut imam beri salam.

5). Kelmarin, bercuti kerana menghantar anak muntah-muntah. Bimbang semakin teruk maka terus berjumpa doktor rujukan di hospital. Alhamdulilah, semuanya kembali normal. Anak sudah sihat pada sebelah petangnya.

6). Bagaimanapun, satu panggilan talipon pula minta bantuan mengenai maklumat labu (pumpkin). Apakah kelebihan dan khasiat labu? Maklumat diminta dalam tempoh setengah jam sahaja. Menurutnya untuk kegunaan mesyuarat. 

7). Dalam hati merungut juga mengapa tidak terjun bersama labu seperti si-Lunchai. Mujur mempunyai rakan kalangan pakar zat makanan. Maka segera minta bantuan Puan N, R dan Z menerusi SMS.

8). Responds maklumat cukup baik sekali. Puan Z dalam tempoh 10 minit sahaja memaklumkan. “Ringkasnya, beta karotene, pro-vitamin A, untuk cegah rabun malam dan paling penting cegah penyakit sebab pelihara sel. Orang diabetes tidak boleh makan banyak.”

9). Manakala, Puan N  selepas memahami maksud SMS lebih kurang 20 minit telah memaklumkan. “1 cawan (143 gram) ada 86 kilokalori; 1.3 gram protin; 1432 mcg. carotene dan 52.3 mg. Vitamin C. baik untuk kulit dan penglihatan tapi 19.9 gram karbohidrat berkanji sedikit.”

10). Hanya, Puan R langsung tidak membalasnya. Mungkin terlalu sibuk atau menganggap suatu yang mengada-ada.

11). Rupa-rupanya selepas menerima SMS daripada rakan pakar zat makanan. Barulah tahu khasiat dan kelebihan labu. Barulah sedar bukan semua benda di dunia ini diketahui. Adakalanya perkara mudah pun memerlukan bantuan orang lain.

12). Kesemua SMS yang diterima telah dihantar kepada yang memerlukan tanpa diperbaiki. Penerima seperti biasa mengucapkan terima kasih. Apapun eloklah selepas menerima SMS tersebut maka lalukanlah ‘modus operandi‘ supaya penanaman labu dapat meningkatkan ekonomi para petani, pekebun kecil dan peneroka sama ada di FELDA atau seumpamanya.

13). Masakan berunsur labu memang telah terdapat di restoran seperti Secret Recipe. Sup labu (pumpkin soup) seperti krim agak sedikit manis sedap dimakan bersama roti kosong.

14). Begitulah, hari lahir kali ini hadiahnya ialah kesibukan menyiapkan tugas dan kisah labu.

15). Petang ini juga telah menerima kad “Selamat Hari Jadi” daripada ketua bahagian. Ucapannya, “Semoga berada dalam keadaan sihat sentiasa, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dapat meneruskan perkhidmatan dengan lebih cemerlang.” Nasihat lain ialah, “makan secara sihat; lakukan aktiviti fizikal; bijak menangani stress; tidak merokok; jauhi alkohol.” Kad ucapan ditutup dengan perkataan “Sihat Sepanjang Hayat”.

16). Kad ucapan tersebut mengingatkan kembali nostalgia bersama bekas ketua sewaktu di negeri lain semasa meraikan hari lahir anak buah. Selepas mesyuarat mana-mana yang menyambut hari jadi dikumpulkan dan memotong kek bersama-sama. Semoga dimurahkan rezeki dan panjang umur dengan sihat walafiat.

17). Sempat juga rakan-rakan di pejabat menyanyikan “Happy birthday” pada pagi tadi. Setelah mengetahui hari lahir yang jatuhnya pada hari ini. Beberapa SMS juga telah diterima. Apapun semuanya diucapkan terima kasih. Kepada Allah SWT jua kita perlu bersyukur. Hari ini mengingatkan supaya sentiasa meraikan insan lain. Terutama pada hari lahirnya. 

18). Tangan memberi adalah lebih baik daripada yang menerima.

Sekian dulu. 03 Mac 2009 (06 Rabiulawal 1430).

Advertisements

2 Comments »

  1. jawaKelana said,

    Selamat Hari Lahir…

    Semoga selamat semuanya.

    Sebut tentang Labu..teringat alkisah si Labu Labi …sekumpulan guru munyanyikan lagu kepada Tn Hj Bakhil atsa sumbangannya kepada anak2 yatim.. (itu pun sebab adanya che`gu Murni):
    “Allah selamat kan kamuu..Allah selamatkan kamuu..Allah selamat kan Tuan Hj Bakhil..Allah selamat kan kamu”

    Lantaran, lagu tersebut juga ditujukan khas buat pemilik blog ini..hanya tukarkan nama sahaja..intonasi masih sama…Ingin juga hadir utk meraikan bersama2 rakan taulan yang lain.tapi, apakan daya…

    Apa pun,selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi

    • kamilan said,

      Filem “Labu & Labi” ada dalam U-Tube. Ada banyak pengajaran pengurusan yang boleh dipelajari dalam filem ini. Ada yang boleh diambil sebagai teladan. Contohnya, Hj. B memberi peluang pekerjaan kepada Labu & Labi. Beliau juga ada “business”. Nampaknya Hj. B bukan orang makan gaji. Cuma keburukannya satu sahaja k*d*k*t. Tapi Cikgu Murni sudah membetulkan niat dan perangai Hj. B kepada orang yang pemurah. Itulah jasa seorang guru. Terutama Cikgu Murni. Semoga hatinya sentiasa murni.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: