February 23, 2009

Teori X kepada Teori Y

Posted in Pengurusan at 10:58 am by kamilan

1). Sebahagian kehidupan pada minggu lepas dihabiskan membuat modul pengajaran untuk dilaksanakan di minggu yang sama. Kali ini memaksa dan mencabar diri untuk membentuk kelainan konsep kursus yang dikenali sebagai “learning organisations”.

2). Meminjam istilah yang digunakan oleh Victor (2000) iaitu “learning organisation”  bermaksud organisasi yang giat belajar.

3). Syukur, Alhamdulillah. Kursus yang dilaksanakan pada minggu lalu telah berjaya dilakukan dengan suasana memberi kemudahan pembelajaran, mementingkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman secara berterusan.

4). Para peserta dikehendaki melakukan aktiviti dan berfikir secara berkumpulan. Setiap individu dimaksimumkan keupayaannya. Mereka secara tidak langsung berkelakuan kreatif dan seterusnya perlu memaksimakan potensi supaya berjaya mewujudkan suasana ingin belajar.

5). Memang agak sukar untuk mengubah daripada Teori X kepada Teori Y. McGregor mengkategorikan Teori X sebagai mereka yang kurang bekerja keras. Manakala, Teori Y adalah mereka yang sanggup bekerja keras, kreatif dan lebih bertanggung-jawab. Bagaimanapun jika kefahaman ilmu pengetahuan tentang kehidupan telah diterima maka tidaklah mustahil ianya akan berubah daripada Teori X kepada Teori Y.

6). Mewujudkan suasana organisasi yang giat belajar memang memerlukan kekuatan pada setiap diri individu dan organisasi. 

7). Senge (1990) yang merupakan pelopor “learning organisations” mencatatkan tiga bidang yang diperlukan oleh individu dan dua bidang pula perlu ada pada organisasi.

8). Individu perlu mempunyai “kendali diri sendiri” (personal mastery), “model mental” (mental model) dan mengubah sistem berfikir (system thinking).

9). Manakala, dua bidang pada organisasi iaitu “suasana perkongsian visi” (building shared vision) dan pembelajaran berpasukan (team learning).

10). Menyekat kehadiran para peserta yang sengaja datang lewat juga merupakan salah satu cara untuk mendisiplinkan diri dan peserta supaya akan ingat sehingga ke akhir hayat.

11). Tiadalah daya dan upaya kecuali diberi oleh Allah SWT.

Sekian dulu. 23 Februari 2009 (27 Safar 1430)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: