February 14, 2009

Pembikin filem Fitna diusir Britain

Posted in Uncategorized at 12:40 pm by kamilan

Setelah lebih kurang 11 bulan kisah filem Fitna senyap. Timbul pula kisah di mana pembikinnya setelah tiba di Lapangan Terbang Heathrow ditahan dan dihantar pulang.

Beliau dihantar pulang kerana ingin menyebarkan “mesej kebencian dan keganasan” menerusi penayangan filemnya “Fitna” selama 17 minit di House of Lords iaitu dewan tertinggi di Parlimen Britain.

Berita sepenuhnya seperti di bawah.

Sekian dulu. 14 Februari 2009 (18 Safar 1430).

========================================
UTUSAN MALAYSIA – SABTU 14 FEBRUARI 2009

Geert Wilders melalui filem Fitna pernah cetus kemarahan masyarakat Islam
– Britain usir Ahli Parlimen Belanda

LONDON 13 Feb. – Britain semalam mengusir ahli Parlimen Belanda yang telah dikecam kerana menghina Islam, Geert Wilders apabila beliau cuba memasuki negara ini.

Wilders yang telah mencetuskan kemarahan masyarakat Islam di negara ini menerusi filemnya, Fitna, dihantar pulang dengan menaiki sebuah pesawat penumpang, beberapa jam selepas ditahan oleh pegawai imigresen, setibanya beliau di Lapangan Terbang Heathrow di sini semalam.

Jabatan Dalam Negeri Britain mengumumkan bahawa Wilders dihantar pulang untuk menghalangnya daripada menyebarkan “mesej kebencian dan keganasan.”

“Beliau tidak dibenarkan masuk. Sesiapa yang tidak dibenarkan memasuki United Kingdom (UK) akan ditahan dan dihantar pulang.

“Mereka tidak akan dibenarkan masuk ke UK,” kata seorang jurucakap.

Setiausaha Luar, David Miliband yang mengaku beliau belum menonton filem tersebut memberitahu stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC): “Filem berbaur kebencian yang bertujuan untuk mencetuskan kebencian agama dan kaum di negara ini adalah bercanggah dengan undang-undang kita.”

Menteri Luar Belanda, Maxime Verhagen memberitahu rakan sejawatannya di Britain dalam satu perbualan telefon semalam bahawa The Hague “amat kesal” dengan pengusiran Wilders itu.

Ahli Parlimen tersebut telah dijemput untuk menayangkan filemnya selama 17 minit itu di House of Lords iaitu dewan tertinggi Parlimen Britain.

Fitna menyamakan Islam dengan fahaman Nazi dan menggandingkan imej-imej serangan 11 September di Amerika Syarikat (AS) dengan gambar al-Quran.

Ia telah digambarkan sebagai “filem anti-Islam yang sangat menyinggung perasaan” oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon.

Wilders, 45, yang bakal dibicarakan di Belanda kerana mencetuskan kebencian dan diskriminasi terhadap penduduk Islam, ialah pemimpin parti pelampau berhaluan kanan, Parti bagi Kebebasan (PVV) yang memenangi sembilan kerusi dalam Parlimen Belanda. – AFP

===============

Advertisements

2 Comments »

  1. jawaKelana said,

    hmm..hampir terlupa tentang Fitna ni..seingat2 , dlu bekas PM yang highliht kan ttg nih..

    apa pulak situasi di malaysia…yang sedang hangat dgn macam2 hal…

    amboi..sudah tukar baju warna lain? cari lah warna yang sejuk mata memandang..hijau pucuk pisang yang terlampau terang..mgkin boleh ubah sikit tone warna utk jadi lebih redup

    • kamilan said,

      Hi, jawaKelana:
      Jika suasana sunyi sepi maka seperti duduk dalam vakum. Tarikan graviti pun boleh terabai. Mengenai aduan warna. Puas dicari nampaknya tiada kaedah merubah warna kecuali tukar baju ke warna lain. Cuma jika baju blog masih belum ditukar bolehkah kurangkan cahaya pada skrin monitor. Terima kasih.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: