February 6, 2009

Nasihat dari sahabat mengenai masa

Posted in Uncategorized at 9:22 pm by kamilan

1). Kesibukan memenuhi kehidupan dan tuntutan kerjaya menyebabkan masa yang pergi terasa begitu pantas.

2). Minggu lalu pelbagai perkara yang menarik boleh dijadikan iktibar. Antaranya mengenai lelongan koleksi barangan. Majlis tersebut dinamakan “Karnival Beramal Bersama Bintang ABPBH2008 Untuk Gaza”. ABPBH merujuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Majlis yang diadakan di Buzz-R Tingkat 3, Amcorp Mall, Petaling Jaya pada 31 Januari 2008 bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Acara disertai lebih 100 artis tanah air dan 10,000 hadirin berjaya mengumpul RM64,250.89.

3). Salah seorang selebriti yang terlibat melelong koleksi barangan, menyatakan sepasang sut jenama Hugo Boss yang dibeli dengan harga mencecah empat angka hanya dipakainya selama tiga jam sewaktu Anugerah Era yang berlangsung beberapa tahun lalu. Ada koleksi yang dibelinya sejak 20 tahun lalu, malah ada yang hanya dipakai sekali saja. Menurutnya lagi, ianya untuk tujuan baik dan tidak salah melelong barang yang masih elok untuk dipakai.

3). Apabila dikaitkan dengan lelongan barang yang masih baik dan digunakan beberapa kali sahaja. Bagaimana pula dengan penggunaan otak. Adakah wajar otak pula dilelong kerana hanya beberapa kali digunakan di sepanjang kehidupan ini. Siapakah pembidanya?

4). Jika dikaitkan dengan bilangan kebajikan yang telah dilakukan sepanjang kehidupan. Siapakah pula yang berminat menerima amal kebajikan tersebut?

5). Lelongan akan berjaya dilakukan jika ada barangan, perancangan masa dan peminat. 

6). Peminat yang kekal memang sukar dicari. Apa lagi mencari peminat di Hari Akhirat? Siapakah peminat di Hari Akhirat?

7). Pada 04 Februari yang lalu juga telah menerima e-mail dari seorang sahabat. Elok juga e-mail tersebut. Baik untuk dijadikan renungan terutama dari segi penjagaan masa dan mengambil peluang semasa masih hidup.

8). Berikut adalah nasihatnya:

Assalamualaikum wrth,

Rasulullah SAW bersabda: Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara, iaitu: semasa engkau muda sebelum datang masa tuamu, semasa engkau sihat sebelum datang masa sakitmu, semasa engkau kaya sebelum datang masa miskinmu, semasa engkau menganggur (waktu lapang) sebelum datang masa sibukmu Dan semasa engkau masih hidup sebelum datang masa kematianmu. (Diriwayatkan oleh Baihaki, Ibnu Abu Dunya Dan Ibnu Mubarak)

Rasulullah SAW bersabda lagi: Ada dua jenis nikmat yang sebahagian banyak manusia tertutup daripadanya (yakni tidak mengetahui dan kurang memerhatikannya). Iaitu keadaan sihat dan waktu terluang. (Diriwayatkan oleh Bukhari)

Sebenarnya ramai manusia tidak suka menggunakan dua jenisan nikmat itu selagi ada. Tetapi baru sedar betapa besarnya nilai nikmat sihat dan waktu terluang itu setelah ia diserang penyakit atau dalam keadaan sangat sibuk.

Kini marilah kita periksa sekadarnya, apakah sebabnya seseorang itu suka menangguhkan berbuat amal soleh yang dapat digunakan sebagai bekal pemergiannya ke alam abadi itu nanti?

Sebabnya yang utama ialah kerana manusia sangat mencintai dan suka kepada keduniaan, sangat menyukai syahwat, sehingga lalai dari berbuat amal soleh.

Ia sentiasa menanti-nanti dan terus menangguh-nangguhkan dan melambat-lambatkan.

Sebaliknya jika bekerja untuk memperolehi keduniaan dan menambahkan pendapatan isi keluarga, sudah tentu ia akan berusaha dan mahu menyelesaikannya sehingga sempurna, padahal setelah selesai yang satu, tentu akan dihadapkan lagi kepadanya sepuluh jenis pekerjaan lain atau untuk menyelesaikan yang satu itu harus pula melalui seratus jenis pekerjaannya yang satu tadi.

Apabila demikian halnya, sampai bila sebenarnya pekerjaan duniawi itu akan selesai?. Adakah sehingga boss berpuas hati? Atau sehingga dapat APC? Atau pun macam-macam kemungkinan lagi… Tapi yang pastinya kerja-kerja tersebut tidak akan habis, sebaliknya yang pasti habis adalah umur dan masa terluang kita.

Hasan Basri berkata: ” Ayuh segera, ayuh segera. Sebab segala sesuatu itu bergantung kepada nafasmu sahaja, jikalau ia telah diputuskan, teputus pula segala amalanmu. Jikalau demikian amalan mana lagi yang akan kau gunakan untuk bertaqarrub kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT merahmati seseorang yang suka melihat dirinya sendiri, memerhatikan keadaannya dan suka menangis kerana banyaknya dosa yang dilakukan.”

Allah SWT berfirman maksudnya: “Kerana sesungguhnya Kami hanya menghitung hari yang sedikit sahaja bilangannya untuk mereka.” (Maryam :84)

Maksud yang dihitung itu ialah pernafasan sehari-hari. Hitungan yang terakhir adalah di waktu engkau menghembuskan nafasmu yang penghabisan.

Akhirnya waktu hidupnya di dunia pun habis. Waktu itu tidak disangkanya sama sekali, tidak disangka kedatangannya. Di waktu itu barulah ia benar-benar menyesal, tetapi penyesalan itu tidak berguna kerana sudah terlambat.

Oleh itu sentiasalah beramal soleh dan jangan menangguhkannya kerana masa terluang dan kesihatan itu nikmat yang tidak berulang kembali jika ia berlalu tak akan kembali lagi.

Maka jadikanlah setiap nafas dan detik kita sentiasa menjadi ibadah Dan dihitung amal kebajikannya.

Jadikanlah 8 jam waktu bekerja di pejabat sebagai masa penuh dengan amal ibadah soleh.

Yang penting niat ikhlas kerana Allah.

Insya-Allah… .sentiasalah hadirkan hati mengingati Allah…

Sekian semoga bermenafaat.
Hamdan.

9). Semoga setiap langkah perbuatan dalam kehidupan ini menjadi ibadah di sisi Allah SWT.

Sekian dulu. 06 Februari 2009 (10 Safar 1430).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: