January 26, 2009

Perlakuan jenayah perang di bumi Gaza

Posted in Uncategorized at 5:52 pm by kamilan

 1). Israel telah menceroboh bumi Gaza dengan angkuh seolah-olah lupa terhadap kewujudan Tuhan. Mereka telah melakukan jenayah perang dengan menjatuhkan bom fosforus berangkai menerusi pesawat pejuang selama 22 hari tanpa henti semenjak 27 Disember 2008 yang lalu. Jenayah perang itu dianggarkan telah membunuh lebih 1,330 rakyat Palestin dan 5,450 lagi tercedera yang kebanyakannya adalah orang awam terutama kanak-kanak dan wanita.

 

 

2). Namun di seluruh Gaza, masjid yang dibom tetap berfungsi lima kali sehari. Seperti ramai jirannya, Abu Anas al-Zaharna, berani mengharungi peluru tentera Israel setiap hari untuk ke masjid. “Tinggal di rumah bukan jaminan nyawa akan selamat. Jika sudah sampai masanya, kita tetap akan mati,” katanya. (Berita Minggu, 18 Januari 2009).

3). Amnesty International telah mengesahkan terdapat bukti tentera Israel menggunakan bom mengandungi fosforus putih semasa menyerang Gaza. Bahan kimia tersebut telah diharamkan penggunaannya di kawasan penempatan awam di bawah konvensyen antarabangsa. (Mingguan Malaysia, 25 Januari 2009).

4). Fosforus putih boleh menyebabkan kesakitan yang teramat sangat apabila terkena pada tubuh kerana ia akan membakar kulit sehingga ke organ dalaman tubuh. Mangsa turut menceritakan kulitnya yang terkena bahan itu akan keluar asap jika dibasuh atau dibalut.

5). Pakar pembedahan plastik Hospital al-Sifa’, Dr Aladdin Ali berkata, kimia fosforus itu seperti asid yang memakan daging manusia, malah tulang mangsa juga akan dimamah perlahan-perlahan. Menurutnya, jika kes kebakaran biasa mengambil masa sehingga satu minggu dijangkiti bakteria, namun luka mangsa yang dimakan fosforus mengambil masa kurang dua hari untuk bernanah dan sukar dipulihkan. Kami doktor pakar turut terkejut apabila mendapati kimia fosforus putih berkenaan seolah-olah mempunyai mata untuk menyerang semua sistem tubuh termasuk buah pinggang, hati, perut dan usus mangsa. Akibatnya ada antara mangsa terpaksa menjalani pembedahan membuang usus dan buah pinggang kerana bimbang fosforus terus menular hingga jantung dan organ utama lain. Sukar untuk meramalkan nasib mangsa fosforus yang terselamat berikutan kimia ini terus berada dalam tubuh dan membunuh mangsa dengan perlahan hari demi hari.” (Berita Harian, 26 Januari 2009). 

6). Tindakan Israel menceroboh dan menghancurkan Gaza seolah-olah hadiah di hari-hari terakhir pemerintahan George Walker Bush sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-43. Ianya mengesahkan lagi legasi kehidupan yang ditinggalkan adalah buruk. Sepanjang tempoh memerintah 8 tahun itu menyebabkan keadaan dunia menjadi tidak aman kerana memulakan peperangan berterusan atas dasar memerangi keganasan di Iraq dan Afganistan.

7). Apakah muslihat Israel dengan serta-merta menghentikan serangan ke atas Gaza apabila Barack Hussein Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44 pada 20 Januari 2009 yang lalu? Umum mengetahui barisan kabinet Obama kebanyakannya orang Yahudi bermula dari Naib Presiden Joseph Biden hinggalah kepada Ketua Staf, Rahm Emmanuel. Bagaimanapun dunia mengharapkan agar Obama berupaya menegakkan keadilan kerana beliau merupakan seorang pensyarah undang-undang.

8). Apakah agaknya pengamalan agama kaum Yahudi kini mula di ambang kecelaruan kerana semakin dirosakkan oleh golongan fahaman Zionis yang mendominasi pemikiran di dalam kaumnya? Beberapa artikel mengenai Yahudi dan Zionis di sertakan.

Sekian dulu. 26 Januari 2009 (29 Muharram 1430).

======================

Artikel 1/2:

Utusan Malaysia 09 Januari 2009

PERIHAL BANGSA PALING ANGKUH, DIKUTUK ALLAH SWT

Oleh Mohd. Shauki Abd. Majid

Melihat gambar mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala (Utusan Malaysia 7 Januari 2009) yang ditemui di bawah runtuhan rumahnya akibat serangan tentera Zionis di Gaza sungguh menyayat hati sesiapa sahaja. Malah seluruh umat Islam di mana mereka berada pasti turut berduka di atas apa yang berlaku terhadap saudara-saudara kita di Palestin.

Dunia mengetahui bahawa tiada bangsa yang lebih jahat dan kejam melainkan Yahudi yang dilaknati Allah SWT itu. Berdasarkan ajaran dan ideologi Zionisme bahawa mereka mempercayai membunuh bangsa lain itu akan beroleh pahala dan ganjaran daripada Tuhan mereka. Ia dilakukan sesuai dengan slogan yang masyhur, “tujuan menghalalkan cara”.

Dalam hal menggambarkan sikap dan perilaku penganut agama Yahudi, ungkapan al-Quran lebih banyak bernada negatif daripada positif. Sejarah membuktikan seperti mana yang dirakamkan di dalam al-Quran, bagaimana penganut agama Yahudi mengalami banyak perubahan dan penyimpangan khususnya dari segi akidah.

Betapa banyak Nabi dan Rasul yang diutus kepada golongan Bani Israel sehingga merasakan merekalah bangsa yang disayangi Tuhan.

Bangsa Yahudi satu-satunya bangsa yang digambarkan di dalam al-Quran yang paling sukar untuk dibentuk, bersifat eksklusif dan suka membangkang. Di samping itu, Yahudi juga terkenal sebagai bangsa yang sombong dan zalim sehingga mereka sewenang-wenangnya membunuh para Nabi daripada golongan mereka sendiri.

Lebih daripada itu mereka menolak mempercayai ayat-ayat Allah dan melanggar perjanjian dengan-Nya. Justeru, kecaman yang terdapat di dalam al-Quran lebih banyak tertuju kepada orang Yahudi.

Bahkan Allah SWT berkali-kali mengingatkan kaum Muslimin untuk tidak mengangkat mereka sebagai pemimpin atau teman-teman akrab (tempat menyimpan rahsia). Kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada penganut agama Yahudi sudah tidak asli lagi dan telah mengalami banyak perubahan kerana mengikut hawa nafsu mereka yang jahat.

Implikasi paling utama dalam perubahan kehidupan keagamaan penganut agama Yahudi ialah penyelewengan akidah tauhid kerana pengakuan penganut Yahudi yang menganggap bahawa Uzair adalah anak Allah.

Kedegilan terus menerus kaum Bani Israel dirakamkan di dalam al-Quran tentang pelanggarannya terhadap hukum-hukum Allah SWT yang berkaitan dengan ibadah pada hari Sabtu. Hari yang dianggap hari kelepasan kepada kaumnya seperti disebut di dalam kitab Taurat. Allah SWT kemudian ingin menguji iman mereka dengan mengadakan ikan yang begitu banyak pada hari Sabtu dan telah menjadikan mereka lupa dan menjadi tamak, serta mengikut hawa nafsu dengan menangkap ikan pada hari Sabtu yang dilarang itu. Akibat perbuatan itu akhirnya golongan yang derhaka ini disumpah oleh Allah menjadi kera. (maksud surah al-Baqarah ayat 65).

Demikian juga keengganan ahli al-kitab khususnya Yahudi menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW walaupun sebelumnya mereka menunggu kedatangannya, tetapi disebabkan oleh sifat dengki dan rasa superior yang begitu mendalam menguasai diri, mereka mudah berubah.

Di sebalik bangsa yang paling banyak mendapat bimbingan para Nabi dan Rasul, mereka juga banyak memperoleh nikmat yang tidak pernah dirasai oleh umat lain seperti Allah SWT menurunkan makanan dari syurga iaitu manna (manisan lazat dari syurga) dan salwa (daging burung kecil yang enak). Di samping itu mereka juga diselamatkan daripada ancaman Firaun. Namun mereka tetap tidak berubah dan bersyukur.

Selain daripada itu kaum Bani Israel mempunyai sikap mengutamakan kehidupan materialistik dan menganggap ia adalah segala-segalanya yang boleh menyelamatkan mereka daripada ancaman yang berbahaya.

Sejarah juga mencatat perdebatan, dialog dan polemik keagamaan sering terjadi antara umat Islam dan Yahudi. Sebagaimana berlangsung antara Islam dan Kristian, dialog dan polemik keagamaan antara Islam dan Yahudi juga berlangsung pada abad ke-8 dan ke-9 di Istana Kekhalifahan Abbasiyah (Bani Abbas) di Baghdad.

Sejak akhir abad ke-19, di pelbagai belahan dunia Islam mulai berkembang perasaan dan sikap anti-Yahudi yang amat mempengaruhi hubungan umat Islam dan Yahudi selanjutnya.

Hal ini pada awalnya bersumber daripada kekhuatiran kaum Muslim akan implikasi Zionisme, sebuah ideologi politik yang didirikan oleh para pemuka Yahudi sekular sebagai reaksi atas sikap anti-Semitisme (sikap anti-Yahudi) di Eropah.

Sebagai reaksi terhadap anti-Semitisme itu, para pemimpin Yahudi sekular mendirikan gerakan Zionisme. Theodore Herzl yang disebut sebagai pengasas Zionisme, menulis bukunya, Der Judenstaat (Negara Yahudi) pada tahun 1896. Muktamar Zionis pertama diadakan di Bassel, Switzerland pada tahun 1897. Para perintis gerakan ini terdiri daripada orang Yahudi sekular dari Jerman dan Austria.

Bagi mereka, keyahudian merupakan identiti nasional, bukan agama dan Zionisme adalah nasionalisme daripada suatu bangsa yang belum mempunyai negara. Cita-cita mereka ialah mendirikan sebuah negara nasional sekular bagi umat Yahudi.

Kelahiran gerakan Zionisme tidak ada sangkut-pautnya dengan Yahudi sebagai agama. Faktor pendorong utamanya adalah keberadaan umat Yahudi yang hanya dianggap sebagai paria di Eropah. Tujuan Zionisme hendak dicapai melalui dua cara utama.

Pertama, membebaskan orang Yahudi daripada pemaksaan agama dengan memberi mereka sebuah tanah air, tempat mereka dapat menikmati kemakmuran ekonomi dan keamanan politik. Kedua, membangun sebuah kebudayaan yang murni Yahudi, tempat umat Yahudi dapat mengekspresikan semangat keyahudian mereka.

Namun pilihan Zionisme akan Palestin sebagai rumah nasional bagi bangsa Yahudi telah mengaitkan cita-cita mereka dengan sejarah sakral (suci) Yahudi yang tercantum dalam kitab suci Taurat. Inilah yang menyebabkan gerakan Zionisme semakin diwarnai simbol keagamaan.

Dengan perisytiharan negara Israel oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1948, perasaan anti-Yahudi di kalangan kaum Muslim mulai kuat. Sejak tarik itu terusirlah warga asli Palestin yang sebahagian besarnya adalah Muslim.

Perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan kembali tanah air mereka yang diduduki Israel berlangsung hingga sekarang. STOP.

  

=======================

Artikel 2/2.

Utusan Malaysia 26 Januari 2009

KEAZAMAN ZIONIS TUBUH NEGARA

Oleh Mustafa Kamal Basri

Konflik di bumi Palestin berlaku disebabkan oleh ideologi Zionisme yang dianuti oleh bangsa Yahudi. Ideologi itu diasaskan oleh Theodor Herzl, seorang Yahudi dari Austria, yang memperjuangkan penubuhan sebuah negara kekal bagi bangsanya di Palestin.

Herzl menekankan perkara ini dalam buku bertajuk Der Judenstaat (The Jewish State) pada 1896, kerana sedar bangsa Yahudi tidak pernah mempunyai negara sendiri.

Keaadan itu berkait rapat dengan sifat bangsa itu sendiri yang sering disingkirkan, berpindah-randah atau dihalau atas kesombongan mereka sendiri, termasuk ingkar ajaran Allah dan juga membunuh nabi-nabi di kalangan mereka.

Ke mana sahaja mereka pergi, bangsa Yahudi sentiasa menjadi kebencian masyarakat dan sering ditindas serta dibunuh.

Peristiwa pembunuhan yang paling popular melibatkan bangsa itu ialah pembunuhan beribu-ribu Yahudi oleh Czar Rusia pada 1881 dan Holocaust oleh Nazi Jerman.

Bangsa Yahudi percaya mereka berasal dari kerajaan Judah (Judae), sebuah pusat kenabian terdiri daripada nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan Bani Israel yang diturunkan untuk berdakwah.

Bangsa Yahudi mula menjadi bangsa pelarian dan merempat sejak Babylon menawan kerajaan Judah pada 641 Sebelum Masehi yang ketika itu menguasai Baitulmaqdis.

Sejak itu, bangsa Yahudi meratapi nasib mereka terpaksa meninggalkan Bukit Zion dan berazam untuk kembali semula ke tanah air mereka itu. Sempena nama Bukit Zion itulah pergerakan Zionisme ditubuhkan.

Tanah Palestin kemudian jatuh pula kepada Parsi setelah ia menawan Babylon dan kemudian beralih kepada Rom setelah empayar itu menawan Baitulmaqdis sebelum dikuasai oleh kerajaan Mamaluk dan Othmaniah.

Di Eropah, Yahudi muncul sebagai bangsa yang berjaya sehingga wujud perasaan cemburu dan benci di kalangan bangsa asal dan fenomena ini dipanggil sebagai antisemitik.

Kempen antisemitik di Eropah dan Rusia mendorong dua juta penduduk Yahudi berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) sekitar 1880 sehingga 1928 sementara sebahagian kecil lagi berhijrah ke Palestin kerana faktor agama.

Pergerakan Zionisme kemudian berjaya menyebarkan fahaman itu di kalangan dua juta bangsa Yahudi di AS dan memesongkan penganut Kristian mengenai kedatangan Nabi Isa s.a bagi menarik sokongan terhadap konsep itu.

Zionisme mula mendapat sokongan kerajaan AS semasa pentadbiran Presiden John Adams. Sementara itu, Presiden Harry S. Truman pula adalah presiden yang bertanggungjawab mengiktiraf penubuhan negara Israel.

Ideologi Zionisme merupakan satu ajaran sesat yang memesongkan ajaran kitab Taurat berhubung “bumi yang dijanjikan Tuhan” untuk bangsa Yahudi dan “kepulangan bangsa Yahudi ke bumi asal mereka di Baitulmaqdis atau Al-Quds (Kota Suci)”.

Herzl yang juga seorang peguam dan wartawan di Perancis telah memberi manifestasi baru kepada ajaran Taurat berhubung “kepulangan bangsa Yahudi ke bumi asal mereka”. Beliau mengambil sebahagian daripada saranan dalam kitab itu dan mengetepikan sebahagian lagi ayat berhubung “sehingga datang perintah dari Tuhan”.

Herzl berpendapat bangsa Yahudi tidak perlu menunggu perintah Tuhan, sebaliknya bangsa itu yang menentukan bila dan bagaimana mereka harus pulang.

Herzl bekerja keras bagi menjayakan cita-citanya itu. Beliau kemudian mengumpulkan wakil daripada semua pertubuhan kecil Yahudi di seluruh dunia untuk menghadiri Kongres Pertama Yahudi di Basel, Switzerland pada 27 hingga 29 Ogos 1897 bagi membincangkan idea itu.

Kongres itu melahirkan ‘Program Basel’ mengenai penubuhan negara kekal bagi bangsa Yahudi. Dan lahirlah juga Pertubuhan Yahudi Sedunia (PYS) bagi menggerakkan usaha penubuhan negara Yahudi kekal di Palestin.

Herzl dipilih sebagai Presiden pertama PYS dan terus menerajui pertubuhan itu sehinggalah mati pada 1904.

Atas idea dan kegigihan beliau itu, Herzl telah digelar sebagai bapa politik moden Zionisme oleh bangsa Yahudi.

Herzl bijak mengatur langkah bagi mencapai impiannya itu serta menonjolkan dirinya sebagai pemimpin.

Beliau mampu mempengaruhi pemimpin dunia agar bersimpati terhadap bangsa Yahudi. Herzl berjaya membuatkan pemimpin-pemimpin Kristian di Eropah berasa bersalah kerana tindakan kerajaan mengusir, menindas dan membunuh orang Yahudi.

Melalui kempen dan strategi yang tersusun, Herzl berjaya menyatukan sebahagian besar bangsa Yahudi dengan memesongkan akidah mereka sehingga menganggap perjuangan dan tindakan bagi menubuhkan negara Yahudi itu sebagai satu jihad.

Herzl juga mendekati dan mempengaruhi pemimpin dunia, terutama Kristian di Eropah dan AS. Yahudi juga bangkit menguasai sistem ekonomi, politik serta budaya termasuk industri maklumat, hiburan dan keilmuan. Dalam masa yang sama, mereka menyerapkan ideologi Zionisme.

PYS akhirnya berjaya mempengaruhi kerajaan Britain berhubung penubuhan negara Yahudi di Palestin, apabila London mengeluarkan Perisytiharan Balfour pada 2 November 1917 yang mengiktiraf penubuhan negara kekal Yahudi.

Pada mulanya, Britain memperkenalkan ‘Projek Uganda’ bagi menawarkan Uganda di Afrika kepada PYS. Argentina dan Kashmir, India juga pernah dicadangkan sebagai negara Yahudi.

PYS menolak tawaran itu dan berkeras mahukan Palestin.

Akhirnya Britain bersetuju dan mengemukakan cadangan itu kepada Liga Bangsa-Bangsa dan kepada kerajaan Othmaniah di Turki, yang ketika itu memerintah Palestin.

Pada Jun 1986, Herzl sendiri menghadap Sultan Abdul Hamid II, pemimpin Othmaniah bagi memohon tanah di Palestin.

Sultan itu menolak mentah-mentah idea Herzl.

“Jika satu hari negara Islam (kerajaan Othmaniah) runtuh, maka pada masa itu barulah kamu boleh mengambil Palestin tetapi selagi beta hidup, beta lebih rela tubuh dikerat daripada menyerahkan Palestin untuk Yahudi.”

Herzl tidak putus asa dan terus mendekati pemimpin Britain, Perancis dan AS untuk membantu menjayakan cita-citanya.

Pada waktu itu, pergerakan Zionisme telah berjaya meresap ke dalam sistem politik, pentadbiran, ekonomi dan keilmuan di AS.

Di Britain, konco-konco Herzl termasuk Chaim Weizmann dan Nahum Sokolow, pemimpin utama Zionis di London berjaya mendampingi dan mempengaruhi Setiausaha Luar Britain pada waktu itu, Arthur James Balfour, sehingga lahirlah Perisytiharan Balfour 1917 itu.

Weizmann menjadi Presiden pertama negara Israel apabila ia ditubuhkan pada 14 Mei 1948.

Pada 1936, Suruhanjaya Peel mencadangkan supaya Wilayah Mandat Palestin yang ditadbir oleh Britain dibahagi kepada dua negara, Yahudi dan Arab, tetapi ditolak oleh Palestin sehingga berlakunya pemberontakan Arab 1936-1939.

Liga Bangsa-Bangsa yang ditubuhkan pada 28 Jun 1919 selepas tamat Perang Dunia Pertama kemudian memanjangkan cadangan Suruhanjaya Peel itu mengenai pembahagian dua negara di wilayah Palestin.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 bagi menggantikan Liga Bangsa-Bangsa pada September 1947 telah menubuhkan Jawatankuasa Khas PBB mengenai Palestin (UNSCOP) yang mengemukakan pelan pembahagian wilayah Palestin kepada dua negara.

Pelan UNSCOP itu kemudian disahkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 29 November 1947 dengan bandar Baitulmaqdis diletak di bawah pentadbiran langsung PBB.

Pelan itu ditolak oleh kerajaan Palestin dan negara-negara Arab kerana ia bercanggah dengan Piagam PBB sendiri.

Apabila Britain berundur dari Palestin pada 14 Mei 1948, ketua PYS, David Ben-Gurion mengisytiharkan pembentukan negara Israel selaras dengan Resolusi PBB 1947, yang mencadangkan pembahagian Palestin kepada dua negara.

David Ben-Gurion kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri pertama Israel.

Sebelas minit selepas pembentukan negara Israel, Presiden AS ketika itu, Harry S. Truman mengiktiraf negara baru itu diikuti oleh Perdana Menteri Kesatuan Soviet, Joseph Stalin sejam kemudian.

Pada 15 Mei, 1948, sehari selepas pembentukan negara Israel, penduduk Palestin pula mengisytiharkan tarikh tersebut sebagai Hari Hitam (Yawm al-Nakba), apabila ribuan penduduk Palestin dibunuh oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

Akhirnya, setelah 51 tahun berjuang, matlamat pergerakan Zionisme untuk menubuhkan negara Yahudi di Palestin mencapai kejayaan pada 14 Mei 1948.

Sejak itu bermula konflik di Palestin di era moden dan penganiayaan, penindasan dan pembunuhan bangsa Palestin oleh rejim Zionis Israel sehingga ke hari ini. STOP.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: