January 14, 2009

Pencerobohan kejam di Sabra dan Shatila 1982

Posted in Uncategorized at 11:02 am by kamilan

1). Pada tahun itu, antara 15 hingga 18 September 1982. Ketika masih remaja. Sedang berada di kota raya Kuala Lumpur untuk belajar meniti kehidupan. Semasa itu terdengar pencerobohan kejam di kem pelarian Sabra dan Shatila oleh satu bangsa yang sangat jahat-sombong angkuh-hina di mana kanak-kanak dan wanita telah disembelih dan ditembak dengan ganas. Lebih kurang 800 hingga 2,000 telah terkorban. Insya-Allah, semuanya syahid.

2). Kini ketika mengharungi kehidupan dan sedang merenung untuk meninggalkan hijrah 1429 dan masihi 2008. Maka dikejutkan suatu pencerobohan lagi dengan menggunakan senjata yang tidak masuk akal oleh bangsa yang sama di Gaza. Semuanya bermula pada 27 Disember 2008 (29 Zulhijah 1429) yang lalu. Serangan itu tanpa henti. Siang dan malam. Sehingga kini telah 19 hari berlalu dengan jiwa yang terkorban menghampiri angka 1,000 orang dan pelbagai kategori kecederaan melebihi angka 4,000 orang.

3). Semoga Allah SWT memberi kepujian dan kemenangan kepada pejuang Palestin.

Sekian. 14 Januari 2009 (17 Muharam 1430).

Advertisements

3 Comments »

  1. jawaKelana said,

    Hatiku tersentuh. Kejam & tanpa perikemanusiaan. Berat mataku yg memandang, berat lagi bahu saudara2ku yg menanggung seksa di sana.Itukah yang dinamakan perikebinatangan? Satu lagi tanda dunia akhir zaman. Aku sujud padaMu Ilahi…Ku selit titip doa utk saudara2ku..Kupohon agar saudara2ku beroleh kemenangan dan moga kezaliman sibangsat itu dihentikan. Amin Ya Robbal `Alamin.

  2. Islam Syiah said,

    Jika musuh berbaju Israel maka sudah jelas dan mudah untuk diperangi. Namun jika musuh berbaju Islam seperti baju yang dikenakan pemimpin Mesir dan Saudi, itu yang repot, karena banyak muslim yang terperdaya dengan tampilan luar mereka….

  3. Abu Iqbal said,

    satu lagi catatan sejarah telah berlaku, peperangan antara kufar dan muslim meyaksikan kesinambungan perang salibiah dari zaman kerajaan islam othmaniah dahulu hinggalah ke hari ini. cuma bezanya kalau dulu kita ada Daulah Islamiyah yang punya khalifah yang boleh melindungi jajahan takluknya, tapi kini kita bernafsi-nafsi menghadapi musuh yang sama juga seperti zaman adanya khalifah Sultan Abdul Hamid II dulu. Ingatlah kata-kata beliau yang terakhir sebelum beliau digulingkan pada 3 Mac 1924:

    “Palestin bukan milikku, bukan milik bangsa Turki,tetapi milik bangsa Arab.Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa Arab,tetapi milik umat Islam seluruhnya. Aku tidak akan sekali-kali menyerahkan bumi Palestin walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka.Simpanlah wang kamu yang berjuta itu, kerana sekiranya suatu hari nanti Khalifah Islamiyyah tumbang, kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran.

    Adapun,sekiranya aku masih hidup,aku lebih rela diriku dicincang daripada melihat bumi Palestin dikeluarkan dari Daulah Islamiyyah dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku.Adakah kami akan membenarkan diri ( wilayah-wilayah takluk Turki ) kami ini dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup ? “

    Sumber AL UMMAH : http://www.sefikrah.blogspot.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: