January 7, 2009

Hadiah untuk diri sendiri

Posted in Uncategorized at 1:14 pm by kamilan

1). Sudah tujuh (7) hari tahun masihi 2008 berlalu. Banyak perkara yang telah ditempuhi dan menjadi nostalgia kehidupan. Awal tahun baru begini merupakan minggu untuk menilai semula pencapaian aktiviti yang telah dilakukan sepanjang tahun 2008.

2). Menilai diri sendiri pun sukar dilakukan secara objektif dan adil. Apa lagi hendak menilai diri orang lain tentu akan banyak berlaku kesilapan. Tambahan lagi pada awal tahun tidak dilakukan perancangan yang rapi untuk membentuk petunjuk penilaian pencapaian (Key Performance Indicators, KPI). Jika berjaya membentuk petunjuk (indikator) sekalipun ianya juga tidak dapat mengambarkan kejayaan secara menyeluruh. Begitulah sukarnya untuk menilai sesuatu. 

3). Setelah dilakukan penilaian maka keperluan berikutnya ialah memberi ganjaran atau hadiah. Biasanya apabila memberi hadiah akan ditujukan kepada orang lain. Jarang sekali diri sendiri diberi “hadiah”. Hadiah untuk diri sendiri. Mengapa hendak mengharapkan hadiah daripada orang lain?

4). Memberi hadiah kepada diri sendiri tidaklah sama dengan pepatah “masuk bakul angkat sendiri”.

5). Jika diri sendiri telah mematuhi KPI yang telah dipersetujui. Apalah salahnya memberi hadiah untuk diri sendiri. Hadiah tersebut dipilih sendiri dan dibungkus dengan secantik-cantiknya. Membungkus hadiah boleh dilakukan oleh “sales-girl”. Kemudian dicatatkan nama sendiri. Setelah itu dibawa pulang ke rumah dan diletakkan ke dalam almari. Selepas seminggu hadiah tersebut dibuka bersama ahli keluarga. Wah! Seronoknya menerima hadiah daripada diri sendiri. Apatah lagi hadiah tersebut merupakan yang sangat berharga yang dinilai dan dipilih oleh diri sendiri contohnya sebatang pen Mont-Blanc!

Sekian. 07 Januari 2009 (10 Muharam 1430).

Advertisements

3 Comments »

  1. jawaKelana said,

    Haha..ok la tu. Hadiah uk diri sendri. Itu pen untuk tulis SKT ka? 🙂

  2. abu iqbal said,

    Salam,

    Bagus juga dapat hadiah dari diri sendiri.. tapi jangan sampai jadi ujub sudah lah nanti ia akan makan amal ibadat seperti bara api memakan kayu api yang tinggal hanya ‘abu’ saja….

  3. kamilan said,

    Alhamdulillah. Kerana telah mengingatkan tentang konsep ujub, sum’ah dan riya’. Mula-mula ujub (menunjuk-nunjuk). Kemudian menjadi sum’ah (menceritakan). Setelah itu riya’ (bangga diri sendiri). Semuanya perlu difahami untuk mengelakkan terjadi ujub, sum’ah dan riya’ kerana ianya umpama semut hitam yang berjalan di atas batu yang berwarna hitam dalam malam yang gelap. Insya Allah amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: