December 14, 2008

Selamat Pengantin Baru

Posted in Uncategorized at 9:33 am by kamilan

1). Biasalah selepas sahaja bulan Ramadhan maka disusuli bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah. Bulan-bulan tersebut akan menjadi sasaran bakal pengantin melakarkan sejarah untuk bernikah. Tambahan lagi, jika bulan-bulan tersebut jatuhnya pada hari cuti persekolahan.

2). Bernikah merupakan tuntutan agama. Perkara yang baik begini tentu ada cabarannya. Kepada bakal atau pengantin baru, cabaran sebegini sewajarnya diharungi dengan fikiran yang lebih matang dan memerlukan kawalan perasaan terbaik.

4). Percakapan atau tuturkata sangatlah penting untuk mengharungi gelombang kehidupan berumah-tangga. Perlu sekali belajar untuk melafaz perkataan positif dan mengelakkan yang negatif. Perkataan “cerai” atau seumpamanya wajar dijauhi dari bermain dalam fikiran. Apatah lagi ianya disebut oleh seorang lelaki yang bergelar suami.

5). Senarai semakan (checklist) persiapan majlis sangat perlu. Sehebat mana pengurusanpun, ianya masih memerlukan senarai semakan.

6). Percambahan fikiran (brainstroming) juga sangat diperlukan. Jika mendapat idea yang baru eloklah dicatat dengan segera. Apabila tiba hari majlis, akan sibuk dan seterusnya menyebabkan banyak perkara akan terlupa.

7). Kehidupan berumah-tangga tidak seperti di alam bercinta. Semasa bercinta perasaan telah mengatasi fikiran. Semuanya baik belaka.

8). Selepas berumah-tangga, keburukan kekasih akan terserlah. Ianya sangat perlu pengorbanan. Perlu mempelajari kaedah menegur. Perkara kecil boleh dibesar-besarkan. Masa inilah perlunya mengawal perasaan. Apakah dengan menang perbahasan akan menguntungkan? Apakah sebenarnya tujuan membina rumah-tangga? Apakah keseronokan yang dicari atau mempunyai matlamat untuk melahirkan generasi yang sangat berguna di masa hadapan?

9). Apabila berjaya melaksanakan akad nikah. Para syaitan sangatlah berdukacita. Mungkin mereka akan datang lagi untuk mengeruhkan suasana di alam kehidupan berumah-tangga pula.

10). Betapa Rasulullah s.a.w. telah menasihati anaknya Fatimah sebelum diserahkan kepada Syaidina Ali. Salah satu nasihatnya ialah “usah terbit bau busuk dari tubuh dihidu suami.” Begitulah sewajarnya para bapa perlu sekali menasihati anaknya sebelum menyerahkan tanggungjawab kepada suaminya. Sekurang-kurangnya mendapat pahala kebajikan kerana telah menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.

11). Kedudukan ibu mertua sama taraf dengan ibu sendiri. Derhaka kepada ibu mertua juga sama kedudukannya dengan ibu sendiri. Jika ibu merasa dikurangi kedudukannya berbanding isteri juga boleh menyebabkan suami menjadi anak derhaka kepada ibunya. Sebab itu, syurga di tapak kaki ibu. Doa’ ibu tiada hijab terus kepada Allah SWT.

12). Semasa persiapan majlis perkahwinan, perkara remeh-temeh boleh menyebabkan perbalahan yang kadang-kala menjadi sangat besar. Majlis perkahwinan adalah hari kerabat keluarga untuk berhimpun dan berkenal mesra. Ada juga yang memberi sumbangan. Ianya umpama “team work” dalam majlis keluarga. Kadang-kala perkara yang dipersembahkan oleh ahli keluarga kelihatan tidak cantik. Maklumlah buatan tangan. Tapi itu merupakan hasil kerja keluarga. Semakin banyak yang merasai dalam kalangan keluarga maka sebenarnya ianya sangat bermakna. Jika majlis ini dilakukan seorang diri memadai meminta bantuan “sales girl” di pasar raya untuk membungkusnya. Tapi apakah maknanya semua itu? Majlis itu seolah-olah tidak mendapat restu ahli keluarga?

13). Apabila berbincang pasal ahli keluarga. Maka pelbagailah perangai yang boleh dilihat. Ada juga yang sibuk memanjang dengan kerjayanya. Ada yang tinggal sangat jauh untuk pulang. Perlu sekali memahami keadaan seperti ini. “Menarik rambut dalam tepung.” Rambut dapat ditarik dan tepung tidak pecah. Berbaik sangka merupakan kekuatan tali keluargaan.

14). Sebelum bernikah sebaiknya memperbetulkan niat tentang perkahwinan. Apakah harapan perkahwinan yang hendak dibina? Melatih perasaan supaya sanggup berkongsi untuk mengharungi kehidupan. Kewangan perlu dirancang bersama. Elakkan menggunakan tangan untuk memukul isteri. Setiap hari atau malam merupakan hari yang pertama perkahwinan.

15). Suasana bilik tidur sangat mustahak. Jika isteri tidak pandai mengemas. Rancanglah untuk membawa isteri ke hotel yang mempunyai kaedah hiasan yang boleh ditiru. Perhatikan bagaimana bilik hotel dikemas dan dihias. Mungkin boleh membantu? Perlu sekali untuk melakukan ziarah bersama melihat anak yang baru dilahirkan. Berziarah orang yang sakit. Membawa isteri ke rumah kaum keluarga yang dekat dan jauh.

16). Bersegeralah solat berjamaah bersama isteri. Sebaiknya pada malam pertama lagi melakukan solat berjamaah bersama isteri. Jika tidak dilakukan solat bersama alamatnya akan malulah diri untuk solat bersama. Akhirnya sampai berciut tidak solat berjamaah.

17). Akhir sekali, diucapkan “Selamat Pengantin Baru” kepada mereka yang baru sahaja bernikah. Jagalah kerahsiaan terutama di bilik tidur. Usahlah bercerita dengan orang yang lain. Apatah lagi yang bukan muhrim.

Sekian dulu. 14 Zulhijjah 1429.

Advertisements

1 Comment »

  1. jawaKelana said,

    org kawen, dia nk kawen.orang ada anak, dia tak mahu anak.orang suka anak, dia buang anak.huh…tak faham dengan gelagat manusia


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: