December 7, 2008

Salam Aidil-Adha 1429

Posted in Uncategorized at 10:29 am by kamilan

Aidil-adha juga dikenali sebagai raya haji. Tentu sekali dalam khutbah hari raya akan disebut pengorbanan isteri nabi Ibrahim a.s. iaitu Siti Hajar dan anaknya nabi Ismail a.s. Walaupun kisah itu akan disebut saban tahun tetapi kefahaman terhadap erti pengorbanan tentu sekali akan berbeza.

Kemeriahan Aidil-Adha tanpa adanya ibadat korban ternakan seperti lembu tentu sekali agak jangal. Dengan melakukan korban ternakan bukan sahaja akan memeriahkan Aidil-Adha tetapi juga sedikit sebanyak akan menghubungkan tali silaturahim.

Apalah ertinya hidup berkampung jika tiada perancangan untuk melakukan ibadat korban ternakan. Mudah sekali syarat korban itu. Bukannya suatu bentuk pengorbanan seperti dalam kisah nabi Ibrahim a.s. dan anaknya nabi Ismail a.s.

Memadai setiap tahun dilakukan perancangan tabungan untuk tujuh (7) bahagian bagi seekor lembu yang berumur sekurang-kurangnya dua (2) tahun.

Jika seekor lembu berharga lebih kurang RM2,000.00 maka setiap orang perlu menyumbang sebanyak RM300.00 sahaja. Jika tidak mampu membayarnya sekali gus. Eloklah dikumpulkan sedikit semi sedikit sebanyak RM1.00 setiap hari. Adalah baik sekali mengadakan tabungan korban di kampung supaya saban tahun ibadat korban dapat dilakukan selepas solat sunat Aidil-Adha.

Apakah yang diinginkan oleh anak-cucu yang pulang ke kampung, jika bukan melihat ibadat korban? Bukankah dengan mendedahkan kepada anak-anak tentang erti kerjasama untuk menumbangkan seekor lembu. Kemudian melapahnya dan membahagikan sama rata kepada setiap keluarga yang terdapat di kampung. Tentu sekali akan merasa suatu perasaan gembira kerana telah dapat mempersembahkan satu bentuk pengajaran kepada anak-anak tentang erti kerjasama dan permaufakatan hidup supaya ianya berkekalan sampai pada bila-bila pun.

Sekian dulu. Salam Aidil-Adha. (07 Disember 2008 bersamaan 09 Zulhijah 1429).

Advertisements

3 Comments »

  1. jawaKelana said,

    Salam Aidil Adha utk tuan hamba dari hamba di kejauhan. Beruntung sekali tuan hamba berkesempatan melihat ibadah korban. Banyak kelebihan barangsiapa yang berkesempatan melihat deruan darah yang mengalir dari leher binatang ni`am ini sepanjang 10 hingga 13 dzulhijjah. Allahuakbar…

  2. suratkhabar UM said,

    Utusan Malaysia, 09 Disember 2008 (11 Zulhijjah 1429) dalam ruangannya “Sekilas…” mencatatkan: “Perintah berkorban telah disyariatkan pada tahun ke-2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat. Islam mensyariatkan waktu untuk melakukan penyembelihan korban ialah selepas solat Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah atau pada hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari kesepuluh bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah.”

  3. suratkhabar UM said,

    Antara adab yang digariskan oleh syarak dalam menyempurnakan sembelihan ialah:
    1. Menyebut nama Allah SWT atau membaca al-basmalah serta berniat dengan niat yang baik.
    2. Penyembelihan dilakukan di waktu siang hari.
    3. Penyembelihan menghadap ke arah kiblat.
    4. Menajamkan alat sembelihan.
    5. Tidak menampakkan alat sembelihan kepada binatang sembelihan.
    6. Tidak disembelih seekor binatang di hadapan binatang sembelihan yang lain.
    7. Jangan bertindak kasar terhadap binatang sembelihan seperti menarik kakinya ke tempat sembelihan.
    8. Jangan menyembelih sehingga terputus kepalanya.
    9. Pastikan sembelihan memutuskan halkum (saluran nafas), mari’ (saluran makanan) dan dua urat di tepi leher.
    10. Pastikan binatang sembelihan telah benar-benar mati sebelum proses melapah dilakukan.

    Ternyata adab yang digariskan oleh syarak bertujuan memastikan kesempurnaan proses penyembelihan, memelihara nilai ihsan kepada binatang di samping penekanan dari sudut kesihatan dan kebersihan.

    Sumber: Mohd. Fahmi Abdul Khir, Rencana – Penyembelihan korban unik. Utusan Malaysia, Selasa 09 Disember 2008.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: