November 26, 2008

telaten-weltanschauung

Posted in Uncategorized at 5:20 am by kamilan

1). Pada hari ini, blog telaten telah berusia setahun mengikut kiraan tahun masihi. Mulanya penglibatan dalam blog hanya suka-suka sahaja. Bagaimanapun lama-kelamaan ianya bertukar menjadi hobi pula.

2). Setahun yang lalu konsep blog ini hanya membincangkan tentang kehidupan. Nampaknya memerlukan penambahbaikan konsep selepas berusia setahun. Puas berfikir, konsep yang bagaimanakah sesuai untuk dipersembahkan dalam blog ini. Akhirnya bertemu dalam Kamus Dewan perkataan “weltanschauung“. Lalu, bagus juga digabungkan dengan “telaten“. Ianya akan menjadi “telaten-weltanschauung“.

3). Weltanschauung berasal daripada perkataan bahasa Jerman. Ianya bermaksud pandangan menyeluruh, terutama bagi seseorang individu terhadap kehidupan manusia dan alam sejagat.

4). Jadi, telaten-weltanschauung bermaksud ketelitian mencerakin kehidupan sejagat secara menyeluruh.

5). Gabungan perkataan ini diharapkan mewujudkan perspektif budaya yang lebih mantap. Kerajinan masyarakat Jawa sehingga berupaya dan berjaya menanam padi di lereng-lereng bukit. Ketelitian para jurutera Jerman mengadun teknologi sehingga menghasilkan peralatan untuk kegunaan harian yang tahan lama dan lasak. Banyaklah barangan buatan Jerman yang berkualiti dan lasak daripada kenderaan berat hinggalah alatulis seperti pen. Jerman juga telah berjaya menghasilkan kaedah penentuan piawaian teknologi sehingga menjadi rujukan dunia.

Sekian dulu. Kamilan (26 November 2008 bersamaan 28 Zulkaedah 1429).

Advertisements

1 Comment »

  1. jawaM said,

    Idop Jawa..bukan takat di lereng bukit..malah, di setiap pelusuk dunia. Tak kan JAWA hilang di dunia…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: