November 3, 2008

Apa rahsia Tun semakin ceria?

Posted in Uncategorized at 8:49 am by kamilan

Apakah rahsia Tun Dr. Mahathir sentiasa berupaya mengeluarkan idea dan terus menulis? Apakah yang menyebabkan beliau terus menulis dan menulis?

Cuma hari ini bukanlah tujuan saya untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Tetapi saya tertarik dengan nasihatnya kali ini dan kegigihannya memperjuangkan sesuatu.

Syairi Shaari telah melaporkan di akhbar Sinar Harian pada hari ini, Isnin 03 November 2008 di Ampang, bahawa Tun Dr. Mahathir telah bersyukur kerana sudah sembilan juta pelawat melayari blognya, Che Det.

Beliau yang merupakan bekas Perdana Menteri juga mengingatkan para blogger supaya tidak membuat sesuatu dengan sesuka hati dalam laman mereka sehingga boleh menyinggung dan disalah tafsir.

Katanya, teguran dan kritikan boleh dibuat tetapi ada pihak yang suka dan ada pihak yang tidak boleh terima.

“Saya dah biasa semua ini dan sekarang dah tak rasa tersinggung pun,” ujar Tun pada Majlis Aidilfitri 2008 di Kelab Darul Ehsan.

“Dahulunya semua terpaksa berkempen secara terbuka tetapi sekarang masyarakat boleh memperoleh maklumat dalam internet sahaja,” ujar Tun lagi.

“Saya melihat ramai daripada kalangan rakyat kita sudah suka mengikuti perkembangan politik negara melalui internet dan blog dan mereka ini bebas mengutarakan pendapat serta pandangan berbeza,” ujar beliau.

Turut hadir dalam majlis itu ialah isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah.

(Catatan: Akhbar Sinar Harian, 03 November 2008. Tajuk berita “Penulis blog perlu berhati-hati: Mahathir”)

==============================

Advertisements

1 Comment »

  1. jawaM said,

    tiap org ada rahsia utk make sure diri sendri ceria…kan? kan?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: