October 13, 2008

efisien serentak efektif hasilnya cemerlang

Posted in Pengurusan at 5:22 am by kamilan

1). Melaksanakan tugasan harian boleh diukur sama ada ianya efisien (effecient) atau efektif (effective). Beribadat pun dituntut dilakukan dengan efisien (cekap) dan efektif (berkesan). Kedua-dua elemen efisien dan efektif apabila dilakukan serentak akan mewujudkan kecemerlangan. Apatah lagi aktiviti harian yang dilakukan menurut Islam juga merupakan ibadat. 

2). Seseorang itu adalah efisien apabila mematuhi semua prosedur yang telah ditetapkan semasa menjalankan aktiviti atau tugasan.

3). Bagaimanapun, seseorang itu telah dianggap efisien tetapi ianya masih belum menjamin aktiviti atau tugasan yang dilakukan adalah efektif.

4). Menurut Dr. Danial Zainal Abidin (2008), “Hal ini dapat dikiaskan seorang jururawat yang memberi ubat kepada pesakitnya di hospital mengikut jadual yang ditetapkan. Jururawat ini begitu efisien menjalankan tugas seperti yang diarahkan, namun keadaan pesakit menjadi semakin teruk kerana dos ubat yang ditetapkan oleh doktor adalah tidak efektif kerana lebih rendah daripada sepatutnya.”

5). Beliau juga telah memberi contoh lain, “Demikian juga dengan Barat yang sering bercakap berkaitan dengan keruntuhan moral masyarakat pada hari ini. Mereka mengadakan perbincangan serta forum di sana sini dan akhirnya menggubal undang-undang dengan efisien. Namun undang-undang mereka tidak efektif bagi membentuk moral yang baik kerana mengikut undang-undang itu zina dihalalkan.”

6). Dalam mengerjakan ibadah khusus seperti solat, terdapat prosedur dan tertib yang perlu dipatuhi. “Tertib bermaksud yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.” Jika prosedur dan tertib mengerjakan solat tidak dipatuhi maka solat tersebut dianggap tidak sah. Aktiviti ini adalah sia-sia atau tidak efisien.

7). Jika solat yang dilakukan telah mematuhi prosedur dan tertib, maka ianya dianggap efisien. Bagaimanapun, solat tersebut dikatakan efektif apabila dilakukan dengan khusyuk. Sebagaimana dalam firman Allah SWT, “Berjaya seorang mukmin iaitu mereka yang khusyuk dalam solat mereka.” (Surah al-Mukminun ayat 1-2). Begitu juga Rasulullah SAW menyatakan, “Berapa ramai orang yang bersolat tetapi tidak mendapat sebarang kebaikan daripada solatnya melainkan letih dan penat sahaja.” (Hadith yang diriwayatkan oleh an-Nasai dan Ibn Majah).

8). Rumusannya, cemerlang akan muncul apabila efisien dan efektif dilakukan bersama-sama. Demikianlah yang dinyatakan oleh Dr. Danial Zainal Abidin (2008), dalam bukunya “Minda Muslim Super” di bawah tajuk “ibadah melahirkan insan efisien lagi efektif“. 

9). Perbincangan lain dalam blog ini ialah “Kisah syarikat dua sahabat” dan “Bekerja secara efisien“.

Sekian dulu. 13 Oktober 2008 (13 Syawal 1429).

Rujukan:

Dr. Danial Zainal Abidin, (2008). Minda Muslim Super. PTS Millennia, Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. pp. 419.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: