October 5, 2008

Bekerja secara efisien

Posted in Pengurusan at 6:27 am by kamilan

1). Alhamdulillah, bersyukur kerana percutian di akhir Ramadhan kali ini telah berjaya menyelesaikan banyak perkara yang agak penting.

2). Jiwa terasa baru untuk melangkah bertugas selepas selesai bercuti.

3). Bermuhasabah lagi selepas membaca keratan akhbar Berita Harian, Sabtu 04 Oktober 2008 yang bertajuk “Punca kelemahan audit dikenal pasti: Kurang penyeliaan, ketidakcekapan antara faktor gagal capai prestasi cemerlang”.

4). Antara key-word pengurusan yang terdapat dalam keratan akhbar tersebut (di bawah) adalah penyeliaan; ketelitian; perancangan rapi; koordinasi berkesan; latihan berterusan; memantau, menegur dan memberi amaran; prosedur dan pelaksanaan; penghayataan tugas dan tanggungjawab; efisien; 

Sekian dulu.

05 Oktober 2008 (05 Syawal 1429).

==============

Keratan akhbar “Berita Harian, Sabtu 04 Oktober 2008 (04 Syawal 1429)

Punca kelemahan audit dikenal pasti: Kurang penyeliaan, ketidakcekapan antara faktor gagal capai prestasi cemerlang

Oleh Norfatimah Ahmad

PUTRAJAYA: Hampir semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang gagal mencapai prestasi cemerlang dalam pengurusan kewangan seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2007 berpunca daripada kurang penyeliaan pegawai atasan, ketelitian yang lemah dan ketidakcekapan pegawai mengendalikan dana awam.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, berkata faktor lain yang menyumbang kepada keadaan itu kerana pertukaran pegawai awam yang kerap berlaku dan bersara hingga menyebabkan penjawat awam sukar mendalami kemahiran untuk melaksanakan tugas.

Bagaimanapun, beliau juga tidak menafikan bahawa jika seseorang itu terlalu lama bertugas di tempat yang khusus juga boleh menyebabkan berlaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa hingga membawa kepada salah urus dana awam.

“Walaupun faktor kemanusiaan adalah penyebab utama, keadaan akan lebih baik jika tugas dapat dirancang dengan rapi, selain koordinasi berkesan di semua peringkat untuk memastikan tidak wujud ruang kelemahan yang boleh menjejaskan mutu kerja.

“Malah, ketelitian dan kecekapan boleh dicapai menerusi latihan berterusan dalam pengurusan kewangan, manakala pengawasan pegawai atasan memantau, menegur dan memberi amaran untuk memastikan kesilapan tidak berlaku bagi memastikan tahap tugas mencapai kecemerlangan.

“Bagaimanapun, jika pengagihan tugas terlalu kerap berlaku ia juga boleh menyebabkan banyak prosedur tidak dipatuhi dan pelaksanaan tugas tidak teliti,” katanya kepada Berita Harian.

Ambrin berkata, banyak prosedur dan peraturan yang perlu dipatuhi dalam pengurusan kewangan dan ia memerlukan ketelitian untuk memastikan tidak berlaku kesilapan atau alasan yang biasa diberi iaitu ‘terlepas pandang’.

“Yang penting bagi setiap penjawat awam adalah bagaimana menghayati tugas dan melaksanakan tanggungjawab dengan jujur serta ikhlas supaya dapat bekerja dengan teliti. Maknanya, ia lebih membabitkan aspek nilai murni dan tentunya pegawai terbabit akan berasa malu jika dikatakan bekerja secara tidak efisien,” katanya.

Beliau berkata, laporan audit berperanan mengetengahkan kelemahan yang tidak sepatutnya berlaku dan menerusinya diharap dapat memberi kesedaran kepada semua pihak untuk memperbaiki sistem pengurusan kewangan.

“Bagaimanapun tidak adil jika ada tanggapan bahawa sebarang penemuan audit itu mempunyai kaitan dengan amalan rasuah,” katanya. STOP.

=====================

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: