October 2, 2008

02 Syawal 1429

Posted in Uncategorized at 6:09 am by kamilan

1). Kali ini sambutan aidil-fitri (01 Syawal 1429) di taman perumahan di Pasir Tumbuh, Kota Bharu. Suasananya amat berbeza sekali jika dibandingkan dengan kampung-kampung yang terdapat di mukim 8, Parit Raja, Batu Pahat. Barulah terasa tiada kumpulan marhaban dari kalangan penduduk kampung yang berebut-rebut masuk rumah untuk membaca selawat nabi beramai-ramai dan seterusnya merasai seteguk air dan kuih-muih yang disediakan pada pagi raya pertama. Barulah terasa “duit raya” yang disediakan untuk kanak-kanak yang datang menziarahi rumah tidak luak. Barulah terasa seolah-olah perasaan dipulau oleh masyarakat … … …

2). Mana-mana kampung yang telah wujud kumpulan marhaban wajarlah diteruskan. Inilah peluang yang tersedia untuk menziarahi dan memasuki rumah dalam kampung yang sama. Sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Elok sekali jika ada rancangan menyatukan dua atau tiga kampung menjadi satu suasana. Sangat baik sekali penduduk jiran kampung sebelah datang menaiki dan memasuki rumah. Mereka datang bukanlah membebankan tetapi merupakan satu mekanisme permaufakatan yang semakin luntur ditelan zaman yang kononnya digelar zaman sains dan teknologi.

3). Memberi “duit raya” kepada kanak-kanak bukannya hendak mengajar mereka menerima “rasuah”. Pemberian adalah tanda hati kasih-sayang kepada kanak-kanak. Mereka jika diberi dua-puluh sen pun tidak marah. Amat terasa kecil hati mereka jika tidak diberi. Bukanlah habis banyak duit jika setiap budak diberi setiap orang sekurang-kurangnya lima puluh sen. Kanak-kanak, mereka akan mengantikan tempat kita. Jika mereka tidak dihormati maka hatinya bertambah keras dan hilanglah pewaris generasi terbaik di masa akan datang.

4). Semasa aktiviti berziarah dari rumah ke rumah. Berpakaian lengkap dengan memakai kain samping. Selepas itu bersalaman dan mengucapkan kemaafan. Itulah budaya yang perlu dikekalkan.

5). Insya-Allah, jika panjang umur di tahun hadapan akan beraya dan berziarah beberapa kampung bersama anak-anak untuk menghayati erti persahabatan, perdamaian dan ambil-tahu. Maafkan kami pada tahun ini disebabkan “perkara yang tidak dapat dielakkan” maka tidak dapat beraya seperti sebelumnya.

Sekian dulu.

02 Syawal 1429 (02 Oktober 2008).

Advertisements

1 Comment »

  1. Alpangkori said,

    salam,

    memang begitulah suasana beraya di rantau orang sekarang nii…
    saya rasa perlu mulai sekarang budaya kunjung mengunjung dari rumah dihidupkan kembali. nak tunggu raya dua kali setahun mungkin terlalu lama dan mungkin bagi perantau yg mewnyewa di taman perumahan akan balik kg. bila tiba musim perayaan. jadi dicadangkan supaya dihidupkan budaya membaca yasin dan solat hajat dari rumah ke rumah di dalam taman atau kg seminggu sekali. Aktiviti ini mungkin dapat mengembalikan semangat budaya ambil tahu hal kejiranan disuburkan kembali….

    AlPangkori.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: