September 3, 2008

03 Ramadhan 1429

Posted in Uncategorized at 3:48 am by kamilan

1). Sudah lama tidak menulis. Mula merasa kerugian kerana banyak idea yang terlepas pergi. Rupanya hendak menjadi blogger yang baik memerlukan pengurusan dan disiplin diri yang tinggi. Ramai pengunjung yang mula muak kerana blog tidak dikemaskini. Apapun tujuan blog ini masih sama untuk peningkatan kehidupan diri sendiri. Ucapan terima kasih kepada pengunjung yang telah memberikan pandangan dan penambahbaikan.

2). Bulan Ramadhan yang muncul ini perlu dihayati. Maklumat berkaitan amalan ibadat perlu dilakukan penyemakan semula menerusi pembacaan dan pertanyaan kepada mereka yang tahu dan dipercayai.

3). Terdengar dalam perbincangan di radio mengatakan iblis, semua syaitan dan jin terbelenggu. Aliran darah menjadi bertambah baik kerana dalam bulan-bulan lain mereka berjaya memasuki saluran darah manusia. Pendek cerita, dalam bulan ini sewajarnya sambil melipat ganda penghayatan ibadat maka tubuh terhindar dari sebarang gangguan iblis, syaitan dan jin serta seterusnya bertambah sihat.

4). Awal Ramadhan ini, perlu sekali untuk bersiap sedia untuk menemui lailatul-qadr. Malam kemuliaan yang melebihi 1,000 bulan. Semua doa akan dimakbulkan pada malam itu. Sangat beruntunglah mereka yang doanya dimakbulkan. “Ya Allah, perkenankanlah setiap kali aku berdoa kepada Mu.”

5). Sangat baik sekali dalam bulan ini dapat berbuat kebaikan seperti menghulurkan kewangan kepada mereka yang menghidupkan malam Ramadhan. Kewangan bukan segala-galanya tetapi zaman sekarang ini dengan wang dapat meningkatkan bilangan kebajikan.

6). Aidil-Fitri kali ini akan diraikan dengan sangat sederhana bagi menghormati situasi ‘kenaikan harga minyak’ dan ‘krisis makanan dunia’ yang melanda tahun ini.

7). Banyak konsep kualiti untuk peningkatan dan kemajuan diri dalam aspek rohani dan jasmani boleh diamalkan dalam bulan Ramadhan ini.

8). Apapun ‘keredhaan Allah s.w.t.’ sangat diperlukan. Kisah pelacur sepanjang hayatnya bergelombang dosa tetapi dengan hanya memberi minum anjing telah mendapat keredhaan Allah s.w.t. Sangat mudah untuk mendapat pahala sehingga beribu-ribu jika menunaikan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Tetapi apakah nilai pahala yang banyak dapat membeli syurga Allah s.w.t. jika tiada keredhaan daripadaNya.

Sekian dulu. Wassalam. 03 Ramadhan 1429 (03 September 2008).

Advertisements

1 Comment »

  1. achfaisol said,

    terima kasih sharing info/ilmunya…
    saya membuat tulisan tentang “Mengapa Pahala Tidak Berbentuk Harta Saja, Ya?”
    silakan berkunjung ke:

    http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/08/mengapa-pahala-tidak-berbentuk-harta.html

    semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin…

    salam,
    achmad faisol
    http://achmadfaisol.blogspot.com/


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: