June 10, 2008

Lebah betina dan organisasinya

Posted in Pengurusan tagged , , , at 5:21 am by kamilan

Mengenai lebah al-Quran dalam Surah an-Nahl ayat 68 hingga 69 telah mencatatkan: “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia.’ Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu) ..”

Von-Frish menerima hadiah ‘Noble’ pada tahun 1973, kerana kajian beliau yang mendalam tentang lebah. Hasil daripada kajian itu mendapati lebah dapat berkomunikasi dan dapat memberitahu dengan tepat kepada lebah-lebah yang lain jika ia terjumpa bunga atau kebun baru. Cara lebah ini memberitahu lebah-lebah lain ialah melalui gerakan, “Bee Dance”. Dengan menggunakan peralatan fotografi, maksud sebenar “Bee Dance” cara lebah berkomunikasi telah dapat dipastikan secara saintifik.

Lebah pekerja atau askar lebah terdiri daripada lebah betina. Ini dapat dibuktikan dengan ayat al-Quran di atas (Surah an-Nahl: 68-69). Ini kerana, dalam ayat tersebut perkataan “fasluki” dan “kuli” (kedua-dua perkataan ini menggunakan kata ganti nama bagi perempuan). Sedangkan pada zaman dahulu manusia beranggapan bahawa lebah yang bekerja (mencari madu dan lain-lain) adalah lebah jantan. Tambahan lagi, tanggapan salah ini ada disebut oleh Shakespeare dalam dramanya “Henry the Fourth“.

Walau bagaimanapun, manusia hanya menyedari tentangnya lebih kurang 300 tahun dahulu melalui kajian-kajian moden. Oleh itu, jelaslah bahawa lebah yang bekerja (Worker Bee) dan menyelaraskan sarang (Queen Bee) adalah lebah betina.

[Catatan bertajuk ‘Lebah’ disalin semula daripada risalah “Al-Qur’an & Sains Moden: Faktanya bercanggah atau tidak?“, Siri An-Naim 115, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan].

Sekian. Kamilan, 10 Jun 2008 (06 Jamadilakhir 1429).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: