May 28, 2008

Ribuan kodok muncul tiga hari sebelum gempa bumi

Posted in Alam tagged , , , at 5:17 am by kamilan

BEIJING: Beberapa jam sebelum berlaku gempa bumi terburuk di China sejak tiga dekad lalu, paras air dalam kolam tiba-tiba surut, beribu-ribu kodok muncul di jalanan di wilayah berhampiran, manakala haiwan di zoo berhampiran berkelakuan pelik.

Ketika mayat ditarik keluar daripada runtuhan dalam gempa Isnin lalu, bilik sembang dan blog internet di China dipenuhi beberapa persoalan: Mengapa petanda semula jadi itu tidak memberi amaran awal kepada kerajaan bahawa bencana akan berlaku?

“Jika biro seismologi bertindak cukup profesional, mereka mungkin dapat meramalkan kejadian gempa 10 hari sebelumnya, apabila beberapa ribu meter padu air surut dalam tempoh sejam di Hubei, tetapi biro di sana menolaknya,” kata seorang pengulas.

Malah, ahli seismologi berkata, agak mustahil secara praktikal untuk meramalkan bila dan di mana gempa akan berlaku. Beberapa negara, termasuk China memilih menggunakan perubahan pada alam semula jadi – kebanyakannya kelakuan haiwan – sebagai tanda amaran awal.

“Namun, setakat ini, tiada cara lebih baik ditemui untuk menggunakan haiwan sebagai petanda awal gempa bumi,” kata Roger Musson, seorang seismologi dengan Tinjauan Geologi Britain.

Perkara itu tidak dapat menghentikan perbincangan online yang mencurah-curah. malah, media utama turut menyampuk dengan artikel dalam akhbar China Daily Selasa lalu mempersoalkan mengapa kerajaan tidak meramalkan kejadian gempa itu.

Tanda pertama muncul kira-kira tiga minggu lalu, apabila sejumlah isi padu besar air tiba-tiba surut daripada sebuah kolam di bandar Enshi wilayah Hubei kira-kira 560 kilometer timur pusat gempa, menurut laporan media.

Kemudian, tiga hari sebelum gempa, beribu-ribu kodok muncul di jalanan di Mianzhu, bandar paling teruk terjejas di mana sekurang-kurangnya 2,000 penduduk dilaporkan terbunuh.

Pada hari berlakunya gempa, kuda belang menghantukkan kepala pada pintu di zoo di Wuhan, lebih 1,000 kilometer timur pusat gempa, menurut Wuhan Evening Paper.

Gajah menghayunkan belalai membabi buta, manakala 20 ekor singa dan harimau yang biasanya tidur pada siang hari, berlegar-legar. Lima minit sebelum berlakunya gempa, berbelas-belas ekor burung merak mula menciut. – AP

[Sumber: Berita Harian, Jumaat 16 Mei 2008.]

Sekian. Kamilan, 28 Mei 2008 (22 Jamadilawal 1429).

Advertisements

2 Comments »

  1. y said,

    Jarak Alor Setar ke Johor Bahru ialah 830 kilometer.
    Jarak Kota Bharu ke Johor Bahru ialah 689 kilometer.
    Jarak Johor Bharu ke Ipoh ialah 573 kilometer.
    Jadi, mungkinkah jika berlaku gempa bumi di Ipoh maka tasik di Johor Bahru akan surut?
    Atau jika berlaku gempa bumi di Bukit Kayu Hitam maka kuda belang di zoo Johor Bahru akan menghantuk kepala di dinding kerana jaraknya hanya 878 kilometer?

  2. Noranizam said,

    mungkin jugak… cubalah pegi dok kt negara tu and tunggu kot¬≤ ada gempa bumi :-“


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: