May 12, 2008

Kegelapan dasar lautan

Posted in Uncategorized tagged , at 5:10 am by kamilan

Profesor Durgo Rao ialah seorang yang pakar dalam bidang geologi marin di Universiti King Abdul Aziz di Jeddah. Beliau telah diminta untuk memberi komen mengenai ayat al-Quran di bawah.

Atau seperti gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap-gelita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun“. (Surah an-Nur: 40)

Profesor Rao mengatakan bahawa para saintis hanya boleh memastikan dengan menggunakan alatan teknologi moden bahawa, terdapat kegelapan di dasar lautan. Manusia tidak boleh menyelam ke dalam lautan yang mana kedalamannya melebihi 20-30 meter tanpa menggunakan kelengkapan menyelam, dan manusia juga tidak boleh hidup di dasar lautan yang melebihi 200 meter ke dalamnya. Ayat ini tidak merujuk kepada semua lautan, tetapi hanya sesetengah lautan dalam. Punca fenomena ini adalah kerana dua sebab:

1. Pancaran cahaya dibahagikan kepada 7 warna: Violet, Indigo, Biru, Hijau, Kuning, Oren dan Merah (VIBGYOR). Pada peringkat awal, cahaya merah akan diserap pada kedalaman 10-12 meter, dan jika seorang penyelam berada di dasar lautan pada kedalaman 25 meter, dia tidak akan dapat melihat merah darahnya, sekiranya dia terluka. Ini kerana, cahaya merah telah diserap cahayanya pada kedalaman 30-50 meter, cahaya kuning: 50-100 meter, cahaya hijau: 100-200 meter dan cahaya biru pada kedalaman kurang daripada 200 meter. Bagi cahaya violet dan indigo pula, cahayanya diserap pada kedalaman melebihi 200 meter. Akibat daripada fenomena inilah (resapan cahaya), menyebabkan semakin dalam sesebuah lautan, makin gelap dasarnya. Maka, apabila tahap kedalamannya pada 1,000 meter, dasar lautan menjadi gelap-gelita!

2. Cahaya matahari diserap oleh awan dan ini menyebabkan terdapat kegelapan di bawah awan. Ini merupakan lapisan pertama. Apabila pancaran cahaya bertembung dengan permukaan laut, berlaku fenomena refleksi (fenomena yang menyebabkan permukaan laut bersinar-sinar). Akibatnya, cahaya dipantul dan menyebabkan tiada cahaya di lapisan bawah permukaan laut. Sebahagian cahaya yang tidak terpantul pula, akan berjaya menembusi permukaan laut. Oleh itu, ada dua bahagian laut:

i). Permukaan lautan yang cerah dan panas, dasar lautnya pula akan gelap.

ii). Permukaan lautan yang jauh terpisah daripada bahagian dalaman yang disebabkan oleh ombak.

“Internal waves” ialah pemisah antara laut bahagian atas dan laut bahagian bawah. Ia penyebab kepada kegelapan yang bermula pada ombak ini (Internal waves). Sehinggakan, pada paras ini ikan-ikan tidak dapat melihat (kerana kegelapan). Satu-satunya sumber cahaya bagi mereka ialah cahaya yang dihasilkan sendiri (oleh badan mereka).

Oleh itu, al-Quran dengan tepatnya menyebutkan tentang perkara ini dalam surah an-Nur, ayat 40 (seperti di atas).

Atau seperti gelap gelita di lautan dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) …”

Fenomena di atas, menurut Profesor Durga Rao adalah suatu fenomena yang tidak pernah terfikir dan diketahui oleh manusia pada 1,400 tahun dahulu. Ini adalah satu bukti bahawa al-Quran bukan dari manusia, tetapi dari Allah Taala.

(Petikan ini disalin semula daripada buku Al-Qur’an & Sains Moden: Faktanya bercanggah atau tidak?. Siri An-Naim 115. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan).

Sekian. Kamilan. 12 Mei 2008 (06 Jamadilawal 1429).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: