April 28, 2008

Konglomerat lintah dan belut

Posted in Artikle tagged , , , , , , , , , , , , , , , at 5:47 am by kamilan

Peribahasa dan perumpamaan Melayu telah memomokkan lintah (leech) sebagai makhluk yang berkelakuan jahat. Belut (ell) pula dijadikan objek untuk mengajuk manusia lain. Ianya tidak termasuk dengan aktiviti mengumpat lintah dan belut yang boleh ditemui dalam pelbagai persembahan genre sastera.

Saman malu

Jika lintah dan belut adalah hidupan berakal dan mata duitan sudah tentu akan menghantar petisyen saman malu terhadap manusia kerana kononnya telah mencerca keturunan bangsanya.

Maka ‘blog’ ini juga tidak akan terlepas daripada tindakan saman kerana kononnya terdapat teknologi terkini yang dapat mengesan tulisan yang mengumpat tentang hal-ehwalnya.

Mencerca lintah

Contohnya, lintah darat (memeras ugut orang demi kepentingan diri sendiri); seperti lintah menghisap darah (mengenakan kadar faedah yang tinggi terhadap duit yang dipinjamkan); lintah tergalang (tidak dapat berkata lagi, hanya menurut perintah).

Mengajuk belut

Belut pula diperibahasakan seperti licin bagai belut iaitu tidak mudah ditipu atau ditangkap orang (as slippery as an ell). Ular bercampur dengan belut tak akan hilang bisanya bermaksud orang jahat bercampur dengan orang baik, tidak akan berubah tabiatnya (the bad will always be bad even though he mixes with good people). Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut bermaksud orang yang jahat tetap jahat (that bad will always be bad). Bagai belut diregang bermakna tinggi dan kurus. Bagai belut diketil ekor bermakna sangat pantas.

Bioteknologi angkat martabat lintah dan belut

Bagaimanapun dengan kemajuan bidang bioteknologi, persepsi lintah dan belut mula berubah sebagai punca pendapatan baru.

Harga lintah

Lintah dijadikan bahan yang lebih pelbagai dalam produk perubatan dan kesihatan kecantikan.

Bahan antibeku darah yang dikenali sebagai hirudin telah ditemui daripada ekstrak lintah pada tahun 1884.

Harga seekor lintah berdasarkan saiz boleh mencecah sehingga RM3.

Mengenai lintah

Sebanyak 600 spesis lintah di seluruh dunia dan hanya lebih kurang 6 spesis lintah yang terdapat di Malaysia.

Sejarah sebelum penternakan

Sebelum industri menternak lintah ini diwujudkan para pengumpul akan berdiri di kolam atau tasik. Mereka mencabut lintah yang melekat di kaki dan disimpan di dalam bekas untuk dijual. Aktiviti ini pernah berlaku di Wales yang merupakan kawasan pengumpulan lintah utama di Eropah.

Ternak lintah

Biasanya lintah yang diternak berwarna kehijauan atau keperangan.

Penternakan lintah boleh dilakukan sama ada di dalam atau luar bangunan.

Kolam dari jenis simen dan ‘poly-tanks’ boleh digunakan di dalam bangunan. Manakala kolam tanah untuk penternakan luar bangunan.

Sebaiknya air dalam kolam tidak masam dan dasarnya bukan dari jenis tanah liat.

Kedalaman kolam biasanya 0.6 meter dengan lebar dan panjang yang mudah diurus.

Ada baiknya keladi bunting dimasukkan ke dalam kolam tersebut supaya menjadi pelindung daripada panas. Keladi bunting juga digunakan oleh lintah sebagai tempat mengumpet (sembunyi diri supaya tidak kelihatan) untuk menyerang hendap mangsanya.

Kolam-kolam tersebut hendaklah dibubuh serbuk baja yang mengandungi mikrob untuk tumbesaran plankton. Plankton yang tumbuh di dalam kolam menjadi makanan lintah.

Sebanyak 50 kolam yang tidak mengalir boleh menghasilkan sebanyak 30,000 ekor lintah.

Sekali penuaian lintah sekurang-kurangnya memberi pulangan sehingga RM30,000.00

Biologi lintah

Lintah berupaya hidup sehingga 2 tahun dan sepanjang kehidupannya mengeluarkan telur 3 hingga 4 kali.

Lintah dari jenis yang tidak bergigi akan menggunakan jarum kecil untuk menusuk mangsa dengan mengeluarkan enzim (hemetin) mencairkan darah beku mangsa. Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi.

Lintah yang sihat apabila penuh darah bersaiz 7 hingga 12 sentimeter dan panjangnya sehingga 30 sentimeter apabila meregangkan dirinya.

Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya.

Permukaan kulit lintah yang lembab membantu mendapatkan oksigen yang cekap. Jika air kurang oksigen, lintah akan timbul ke permukaan.

Kedua-dua jantina iaitu jantan dan betina berada dalam satu badan (hermapordit), tetapi perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan. Ini merupakan kecekapan lintah untuk mengekalkan generasinya.

Darah belut untuk lintah

Belut perlu dibekalkan sebanyak 2 kali seminggu kerana darahnya menjadi sumber protein.

Sekurang-kurangnya dua ekor belut perlu dibekalkan untuk satu kolam.

Bagi memastikan lintah mudah menghisap darah maka pergerakkan belut dihadkan di dalam bekas kecil yang berjaring yang boleh dimasuki lintah.

Kerjasama lintah dan belut secara paksa tersebut telah mewujudkan peluang pekerjaan baru kepada manusia sehingga terbentuk satu organisasi konglomerat.

Sekian. kamilan, 28 April 2008 (21 Rabiulakhir 1429).
=======
Rujukan

Noor Hayati. (2008). Something good about leeches. The Star, Friday April 11, 2008.

Leeches – biology.

Leech

http://www.mybannermaker.com/link.php?nurl=http://www.pertaniankito.blogspot.com/

 

Advertisements

2 Comments »

  1. satu penerangan yang amat menarik. izinkan aku untuk memetik beberapa ayat untuk ditulis di blog aku…

  2. yazid_brono said,

    menjual lintah area selatan

    induk RM1.60
    sedang RM1.30
    benih RM0.60

    beli banyak boleh murah lg,xde halnya…senang cite blh runding lah

    stok banyak

    harga mengikut pasaran

    013-6979700 / 017-6891603(yazid)
    abdulyazid_brono@yahoo.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: