April 22, 2008

Mengurus secara “remote control”

Posted in Pengurusan tagged , at 5:03 am by kamilan

Alat “remote control” biasanya digunakan untuk menghidupkan, mematikan atau mengalih siaran televisyen. Dengan ubahsuai alat ini boleh digunakan untuk menutup atau membuka pagar rumah, mengunci kereta dan sebagainya.

Pendek cerita “remote control” merupakan alat kemudahan yang direka mengikut kehendak pemiliknya dengan sekali tekan sahaja. Hasrat yang dikehendaki akan tercapai.

Persoalannya ialah wajarkah konsep “remote control” digunakan di dalam pengurusan organisasi terutama yang melibatkan aspek kemahiran teknikal.

Apakah yang akan berlaku jika setiap peringkat pengurusan organisasi menggunakan konsep “remote control”?

Apakah yang akan berlaku jika pekerja yang mencuci tandas menggunakan konsep “remote control” agar tandas di bawah kawalannya sentiasa bersih bertaraf “world-class”? Siapakah pula yang akan dijadikan “remote control” supaya pekerjaannya boleh berjalan dengan sendiri tanpa kehadirannya? Apakah yang akan berlaku pada lubang tandas kerana tidak pernah dicuci dengan betul dan sempurna?

Apa pula akan berlaku jika semua kategori perjawatan dalam organisasi berperanan seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan semuanya terikut-ikut menggunakan alat “remote control” seperti sedang menonton siaran televisyen di rumah?

Sekian dulu.

kamilan. 22 April 2008 (15 Rabiulakhir 1429).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: