April 13, 2008

Menodai nilai kualiti hakis ketelusan

Posted in Uncategorized tagged , , , , , , , , at 5:06 am by kamilan

Kesanggupan menodai nilai-nilai kualiti (integriti, profesionalisme dan akauntabiliti) akan menyebabkan mudah terjebak dengan perbuatan rasuah.

Rasuah berasal daripada perkataan Arab iaitu al-risywah bermaksud perbuatan jenayah seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Manakala, rasuah dalam bahasa Inggeris iaitu corrupt berasal daripada dua perkataan Latin, “cor” bermakna ‘bersama’ dan “rupt” bermaksud ‘kehancuran’.

Pelbagai alasan akan direka supaya imej rasuah yang hina tersebut dapat mengurangkan tahap darjah kehinaan yang sememangnya “rasuah” itu hina lagi tercela.

Biasanya alasan yang diberi ialah terjebak ke dalam fasa kitaran kesengsaraan disebabkan hutang; pengaruh sosialisasi negatif rakan; kenipisan iman; dan kehilangan rasionaliti kecintaan kepada profesion; terpengaruh kebendaan yang dimiliki rakan sejawat;

Seperti pepatah “buat jahat jangan sekali”, apabila telah terjerumus dengan rasuah (walau tidak diketahui secara terbuka) akan hilang keberkatan serta karisma di tempat kerja dan mula terhakis ketelusan semasa menjalankan tugas serta melemahkan sistem penyampaian perkhidmatan organisasi berkenaan.

Islam jelas melarang umatnya terlibat dengan rasuah sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 188 yang bermaksud, “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Begitu juga, “Rasulullah SAW melaknat orang yang memberi rasuah, menerima rasuah dan menjadi perantara.” (Riwayat Ahmad & Hakim).

Sekian dulu.

kamilan, 13 April 2008 (06 Rabiulakhir 1429).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: