April 1, 2008

Filem Belanda “Fitna” menghina Islam

Posted in Artikle tagged , , at 9:53 am by kamilan

Jika penghasilan penerbitan berkonsep “penghinaan sesuatu agama” yang dilakukan secara berkala untuk dijadikan kajian “mengukur tahap kepekaan (sensitivity)” terhadap penganut sesuatu agama. Ianya suatu kajian tidak beretika dan yang terbabit adalah terdiri daripada kalangan tidak bermaruah. Mereka ini boleh menyebabkan perasaan penganut sesuatu agama terguris dan menyebabkan berlaku tindakbalas yang boleh mencetuskan permusuhan serta pergaduhan.

Sehubungan dengan itu, Allah SWT telah melarang orang Islam daripada mencela agama lain (al-Quran, 109:6).

Penerbitan filem Fitna yang telah disebarkan menerusi internet secara online telah menghina agama Islam. Dengan itu, apabila melakukan down-load filem berkenaan kemudian menyebarkan kepada orang lain juga merupakan tindakan yang tidak bermoral dan tidak bertamadun. Ini adalah kerana lama kelamaan akan menyebabkan kemungkaran tersebut menjadi suatu yang biasa dan seterusnya akan berkembang menjadi bentuk kemungkaran yang lebih besar pula.

Geert Wilders, ahli majlis perundangan Belanda yang merupakan ahli parlimen sayap kanan telah bikin filem berjudul “Fitna”. Penerbitan filem Belanda tersebut berkonsep menghina Islam dengan memetik beberapa ayat al-Quran dengan imej latar serangan pengganas.

Sungguhpun, kerajaan Belanda tidak menyokong penerbitan filem berkenaan bagaimanapun yang terbabit adalah ahli majlis perundangan negara berkenaan.

Filem lebih kurang 15 minit itu disiarkan dalam satu laman web <http://www.liveleak.com> bermula pada 27 Mac lalu dan disusuli kemudian penyiaran secara segmen oleh beberapa saluran televisyen Belanda.

Filem tersebut dilaporkan memaparkan kenyataan keras dari beberapa ulama dan petikan ayat-ayat al-Quran yang berlatar imej serangan 11 September 2001 (New York), serangan kereta api di Sepanyol (Madrid) pada 2004 dan pembunuhan pengeluar serta pengarah filem Theo van Gogh di Amsterdam Street akhir tahun 2004.

Filem tersebut dan diakhiri dengan karikatur memperlecehkan Nabi Muhammad SAW yang kemudiannya disusuli dengan bunyi koyakan kertas.

Menurut Maurits Berger, seorang profesor mengenai Islam di Barat di Universiti Leiden, filem ini tidak keras seperti yang dijangka. “Ia hanya siri imej dan foto, tajuk-tajuk berita sejak beberapa tahun lalu yang kita sudah ketahui, ” katanya.

Namun begitu, tindakan Wilders adalah menyamai kartunis Kurt Westergaard yang menyiarkan hasil lukisannya mengenai karikatur Nabi SAW di akhbar Jyllands-Posten di Denmark.

Menjelang penyiaran filem itu, Wilders telah melukis kitab suci umat Islam sebagai ‘buku fasis’ yang menghasut orang untuk melakukan kekerasan.

Menteri Luar Britain, David Miliband menyeru masyarakat Eropah supaya menggabungkan komitment yang kuat terhadap nilai-nilai kebebasan memberi pendapat dan sekali gus menghormati kepelbagaian kaum dan agama.

“Kebebasan bukanlah kebebasan sejati jika melukai orang lain. Jadi marilah kita bertindak hati-hati dalam menggunakan kebebasan kita,” kata Menteri Luar Slovenia, Dimitrij Rupel, yang menjadi tuan rumah pertemuan tidak rasmi para menteri luar EU pada Jumaat 28 Mac yang lalu.

Jurucakap Jabatan Luar Negara Iran, Mohammad Ali Hosseini, menganggap video tersebut “menghina dan anti-Islam” serta merupakan simbol daripada sikap antagonisme yang mendalam negara-negara Barat terhadap Islam dan umat Muslim.

Jurucakap Jabatan Luar Indonesia, Kristiarto Legowo, menyatakan kandungan filem itu “menyesatkan dan penuh rasisme” dan menyebut penerbitan Fitna itu sebagai “aksi tidak bertanggungjawab yang dilakukan dengan berselindung di sebalik kebebasan media.”

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon, Jumaat lalu mengecam keras filem tersebut. Beliau mengatakan sikap itu tidak boleh dibenarkan kerana akan mengundang tindakan kekerasan.

Filem semacam itu, menurut beliau, sama sekali tidak ada manfaatnya untuk mencipta perdamaian dunia. Sebaliknya membuat ketegangan hubungan antara agama.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya memulaukan produk Belanda sebagai bantahan berkesan berikutan filem Fitna, yang mengkritik al-Quran dan disiarkan di internet.

Beliau berkata, pemulauan itu boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar.

“Kalau orang Islam bersatu kita mudah saja ambil tindakan. Kalau kita pulau barangan dari Belanda dia tutup negeri, pasal yang beli banyak sekali di dunia ini orang Islam.”

Semua 1.3 bilion (1,300 juta) umat Islam di dunia mestilah bersatu dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam lebih daripada keperluan individu.

“Kalau nak pulau buatlah betul-betul. Tapi orang kita kata, dia (Belanda) pun berniaga dengan kita juga, kalau kita tahan dia, dia rugilah. Jadi (kalau begini) kita tak fikir sebagai orang Islam, kita fikir untuk kepentingan diri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di sini semalam (29 Mac 2008).

Akhir sekali, apakah dengan mendakwa seseorang seperti Wilders ke Mahkamah Antarabangsa boleh menjadi pengajaran kepada mereka yang sengaja melakukan tindakan perkauman dan fasis supaya tindakan seperti itu tidak akan berulang?

Kesimpulannya, menghina agama lain adalah dilarang oleh Islam. Manakala, melakukan down-load filem “Fitna” dan diedarkan kepada orang lain merupakan perbuatan yang tidak bermoral dan beretika.

Maklumat disusun semula daripada akhbar-akhbar:

1. Mingguan Malaysia, Ahad 30 Mac 2008. Pulau Produk Belanda. Halaman 11.

2. Berita MInggu, Ahad 30 Mac 2008. Malaysia kutuk siar filem Fitna secara online. Halaman 10.

3. Utusan Malaysia, Isnin 31 Mac 2008. Rencana: Dunia kutuk Fitna Wilders.  Susunan oleh Azman Anuar. Halaman 10.

4. Utusan Malaysia. Sabtu 29 Mac 2008. Filem hina Islam mula ditayangkan. Halaman 17.

Sekian.

kamilan. 01 April 2008 (24 Rabiulawal 1429).

Advertisements

3 Comments »

  1. Noranizam said,

    sebulat hati kita boikot belanda punya product… tapi durian belanda tu local fruits :-“

  2. […] dan Indonsesia menyokong tindakan memboikot barangan buatan Belanda sebagai tanda bantahan terhadap penerbitan filem Fitna yang secara terang menghina […]

  3. […] 14, 2009 · Filed under Uncategorized Setelah lebih kurang 11 bulan kisah filem Fitna senyap. Timbul pula kisah di mana pembikinnya setelah tiba di Lapangan Terbang Heathrow ditahan dan […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: