March 31, 2008

Tikus tua lebih cergas

Posted in Teknik Fikir tagged , , , , , , at 8:05 am by kamilan

Mengapa lebah lebih cekap berbanding manusia? Sedangkan saiz otak manusia lebih besar dan kompleks berbanding lebah. Kecekapan lebah boleh dinilai dari segi rekabentuk sarang dan penghasilan madunya.

Jika dikira bilangan sel neuron otak lebah hanyalah lebih kurang 900 sahaja. Manusia pula mempunyai bilangan sel neuron melebihi 10 100 billion.

Ada yang mengatakan penggunaan otak di kalangan manusia tidak sampai 1% daripada jumlah sel neuron. Mungkin terdapat kalangan manusia menggunakan sel neuron melebihi 1% tetapi tidak melebihi 10%.

Struktur otak manusia yang kompleks. Mempunyai bahagian otak kanan dan kiri. Ada yang berpendapat terdapat juga bahagian otak di antara kanan dan kiri.

Otak kiri untuk berfikir logik seperti matematik, membeza persepsi dan membuat pilihan. Otak kanan diguna untuk menganalisa pemandangan, lukisan, kecantikan, muzik dan keseronokan. Manakala, ada yang mengatakan antara otak kanan dan kiri adalah digunakan semasa solat supaya kusyuk.

Apapun yang mustahak ialah bagaimana berupaya menggunakan “keseluruhan otak” (semua bahagian otak dapat berfungsi dalam masa yang serentak) supaya tahap pemikiran bertambah mantap dan badan tidak mudah letih.

Otak yang sihat juga berupaya membantu meningkatkan sistem daya tahan badan.

Terdapat kajian di mana tikus tua dimasukkan ke dalam satu sangkar yang dipenuhi dengan pelbagai jenis permainan. Tikus tua tersebut lebih cergas berbanding tikus muda yang dimasukkan ke dalam sangkar yang tiada suasana senaman dan permainan otak (berfikir). Tikus muda tersebut menjadi kurang bertenaga dan lemah berbanding tikus tua yang semakin cergas dan kuat.

Pendek cerita, dengan mengenali peranan otak akan membantu meningkatkan tahap kehidupan diri walaupun usia semakin tua.

Sekian dulu.

kamilan. 31 Mac 2008 (23 Rabiulawal 1429).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: