March 23, 2008

Menjadi rahmat seluruh alam

Posted in Uncategorized tagged , , , , at 6:52 am by kamilan

Insya-Allah, sekiranya panjang umur setiap tahun akan bertemu 12 Rabiul-Awal yang merupakan tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Pada hari tersebut, mereka yang makan gaji tidak akan berkerja kerana cuti umum. Masjid-masjid negeri akan meraikan hari keputeraan Rasulullah SAW. Ada yang mengatakan majlis tersebut adalah bukan arahan Rasulullah SAW lalu mengatakannya sebagai ‘bidaah’.

Jika dipandang secara positif maka pada hari tersebut barulah berupaya mengingati Rasulullah SAW. Walaupun terdapat hadith sekiranya sekali berselawat terhadap nabi Muhammad SAW maka para malaikat akan mengucapkan kebaikan diri yang berselawat sebanyak 10 kali.

Jarak antara nabi Isa AS dengan kemunculan nabi Muhammad SAW adalah selama lebih kurang 600 tahun. Dalam tempoh tersebut tamadun manusia sudah semakin teruk. Kalangan kaum Arab membunuh anak perempuan merupakan satu budaya. Manusia didagangkan sebagai hamba abdi. Tamadun manusia tidak tersusun dan hanya bersandarkan kepada akal dan kekuatan tubuh badan.

Benarlah sebagaimana al-Quran menyatakan, “dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam.” (al-Anbiya’:107).

Jadi, apabila menjadi pengikut nabi Muhammad SAW hendaklah merupakan agen yang menyebabkan berlakunya rahmat dalam diri untuk kehidupan dunia tanpa sempadan (global).

Sentiasa memperaktikkan sifat-sifat yang ada pada diri Rasulullah SAW iaitu benar (shiddiq), dipercayai (amanah), menyampaikan ilmu pengetahuan (tabligh) dan sentiasa cerdas serta bijaksana (fathanah).

Sekian dulu.

kamilan (23 Mac 2008 bersamaan 15 Rabiul-Awal 1429).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: