March 16, 2008

Rosak badan kerana mulut

Posted in Uncategorized tagged , , , , , at 5:01 am by kamilan

Terdapat perbezaan antara “bercakap besar” untuk menaikkan semangat diri (meningkatkan motivasi diri) dengan “percakapan sombong” membangga diri yang sebenarnya tidak layak untuk dibanggakan.

Apalah salahnya “cakap membesarkan diri” supaya tahap peningkatan ikhtiar ke arah kecemerlangan dan taraf kesihatan dirinya serta mereka yang mendengar juga akan meningkat. 

Dengan itu terdapat perbezaan percakapan dari hati yang dilatih oleh minda dengan bercakap ikut sedap mulut.

Bagaimanapun percakapan sombong untuk berbangga-bangga biasanya menyebabkan diri akan hilang pedoman dan mereka yang mendengarnya juga akan terlupa peranan Tuhan. Akhirnya yang bercakap akan menerima penyakit ujub merosakkan diri dan yang mendengarnya akan kehilangan keberkatan daripada ALLAH.

Dalam al-Quran, diceritakan seorang yang dikenali sebagai Qarun telah dianugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat.

Namun kerana percakapannyalah yang menyebabkan Qarun bersama rumahnya terbenam ke dalam bumi.

Qarun berkata, “Sesungguhnya aku diberi harta itu, semata-mata kerana ilmu yang ada padaku.” (al-Qashash:78). 

Sepatutnya apabila dianugerahkan harta semakin bertambah syukur dan mengakui harta tersebut datangnya daripada ALLAH.

Justeru itu, kegagalan melatih minda seterusnya menyebabkan hati bertambah bebal sehingga menyebabkan percakapannya itu memotivasikan dirinya untuk bermegah-megah dan akhirnya hendak tinggi terlalu jatuh, hendak panjang terlalu patah.

Sekian.

kamilan (16 Mac 2008 bersamaan 08 Rabiulawal 1429).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: