February 16, 2008

Kaedah merosakkan ilmu

Posted in Uncategorized tagged , , , , at 5:57 am by kamilan

Satu-satunya bidang yang tiada sempadan ideologi ialah “ilmu pengetahuan”. Ilmu pengetahuan yang berjaya dikuasai oleh manusia boleh diumpamakan hanya setitik daripada sejumlah air selautan. Semakin dicari terasa diri bertambah kekurangan. 

Pada pagi Sabtu, 16 Februari 2008, lebih kurang jam 8.05 pagi. Sedang memandu lalu memasang radio IKIM. Terdengar ceramah mengenai bagaimana ilmu pengetahuan boleh menjadi rosak. Malangnya, nama penceramahnya tidak sempat dicatat.

Terdapat tiga (3) keadaan di mana ilmu pengetahuan boleh menjadi rosak dan seterusnya menggagalkan perkembangan tamadun.

Pertama, sumber rujukan yang asal dirosakkan lalu mewujudkan rujukan yang baru. Kemudian sumber yang baru direka tersebut diperakui benar lagi betul sebagai rujukan yang asal.

Kedua, melakukan jiplak (ciplak) atau dikenali sebagai palagiat (plagiarism) tanpa mencatat punca maklumat atau pemunya cetusan fikiran asal semasa menulis dalam artikel.

Ketiga, menterjemahkan sesuatu ilmu walaupun jahil. Kemudian hasil penulisan tersebut diterbitkan secara berleluasa lalu diterima oleh masyarakat yang sebahagian besarnya terdiri daripada kalangan yang tidak cerdik.

Pengajaran, apa sahaja yang dicatat hendaklah mempunyai sumber rujukan dan mencatatkannya. Jika tidak, maka akan dianggap sebagai “perosak ilmu”. Bertambah malang lagi, ianya menjadi ikutan dan amalan kalangan yang tidak cerdik (jahil).

Sekian,

kamilan. 16 Februari 2008. (09 Safar 1429).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: