February 13, 2008

Mengapa berfikir susah-susah?

Posted in Pengurusan tagged , , , , , , , , at 5:27 am by kamilan

Kerjaya seorang eksekutif banyak cabaran yang dihadapi. Cukup mudah menyelesaikan masalah yang memerlukan maklumat teknikal. Biasanya yang memeningkan kepala adalah masalah yang remeh-temeh.

Betullah kata kebanyakan pakar motivasi, “lebih kurang lima peratus daripada ilmu pengetahuan yang dipelajari akan digunakan semasa bekerja. Bakinya sembilan puluh lima peratus daripada ilmu yang dipelajari di mana-mana institusi tidak digunakan di alam pekerjaan dan mungkin sekadar menjadi pemangkin kepada otak untuk berfikir lebih matang.”

Berperanan dan melaksanakan tanggung-jawab memerlukan kesabaran. Jika sukar kerana halangan yang kadang-kala tidak masuk akal. Eloklah mencari jalan baru supaya tidak buntu.

Kaedah terbaik ialah berfikir secara mudah (think simple).

Jika komputer tidak boleh dihidupkan atau tiba-tiba tidak berfungsi. Mengapa hendak terus hantar ke kedai untuk diperbaiki? Mungkin terdapat mana-mana litar yang tidak tersambung atau kurang kemas?

Tiada yang sukar menyelesaikan masalah seperti dalam siri “cartoon” Doraemon. Begitu juga MacGyver dalam siri televisyen pada tahun 1980-an. Apatah lagi apabila melihat Mission Impossible. Semua cukup mudah. Apa yang hendak difikirkan sukar-sukar.

Dalam kisah Abu Nawas sama ada dalam buku atau filem. Semuanya cukup mudah. Apabila raja menyusahkan maka Abu Nawas yang akan mempermudahkan.

Jika semua yang dilakukan tidak menjadi, apa salahnya meniru pula si-Lunchai. Ketika hampir hendak dibunuh. Maka Lunchai mohon mati dengan cara terjun ke laut tetapi meminta izin terjun bersama-sama labunya. Akhirnya, Lunchai tidak mati kerana labu tersebut yang menyelamatkannya.

Begitu juga dalam kisah Pak Pandir, walaupun kebanyakan manusia apabila melihatnya merasa bodohnya Pak Pandir dan perasan dirinyalah yang cerdik. Tetapi konsep yang dibawa oleh Pak Pandir cukup mudah dan selesa. Biarlah orang semua kata dia bodoh asalkan bahagia. Nampaknya semua orang yang mengaku cerdik semuanya mati cepat. Tetapi Pak Pandir terus panjang umur sehingga sekarang. Terkini, Pak Pandir dihidupkan semula di TV9 sebagai Pak Pandir Moden. Jadi, umur orang cerdik pendek manakala Pak Pandir jugalah yang panjang umur.

Dengan itu, berfikir mudah akan hidup lebih selesa, panjang umur dan insya-Allah murah rezeki.

Sekian dulu,

kamilan. 13 Februari 2008 (06 Safar 1429).

Advertisements

1 Comment »

  1. […] Dalam hati merungut juga mengapa tidak terjun bersama labu seperti si-Lunchai. Mujur mempunyai rakan kalangan pakar zat makanan. Maka segera minta bantuan Puan N, R dan Z […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: