February 7, 2008

Sejernih air mineral

Posted in Uncategorized tagged , , , at 8:54 am by kamilan

Alangkah bersihnya air mineral yang telah dibotolkan untuk dipasarkan. Apatah lagi, status punca air mineral tersebut telah dijamin mutu kebersihannya serta tercatat nombor rujukan kelulusan Kementerian Kesihatan pada botolnya.

Mengenali air mineral yang telah dibotolkan daripada jauh dengan melihatnya sama ada penutupnya berwarna biru atau hijau. Bagi jenis air minuman yang dibotolkan menggunakan penutup warna putih.

Terdapat nasihat sebelum meminum air mineral iaitu mempastikan tudung botol tidak pernah dibuka. Jika penutup botol terdapat tanda-tanda telah dibuka lebih baik jangan meminumnya untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Pengajaran, daripada air mineral ini ialah kandungannya jernih tanpa berwarna. Apabila hendak meminumnya perlu sekali dilakukan pemeriksaan dengan membaca plastik di botol supaya perasaan tidak was-was.

Jika minum air mineral eloklah berbisik kepada hati supaya sentiasa bersih seperti jernihnya air mineral tanpa berwarna. Dengan itu, apabila memandang orang lain dengan perasaan yang bersih tanpa berwarna-warni atau berprasangka buruk.

Orang tua-tua pernah menasihatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan hati agar badan menjadi sihat. Apabila badan sihat maka otak menjadi cergas. Bila otak cergas maka minda berfikiran waras dan cerdik.

Al-Quran, dalam surah ke-49 al-Hujurat ayat 12, juga menyarankan supaya sentiasa menjauhi prasangka dan juga menghindari mencari-cari kesalahan orang lain.

Begitulah hendaknya apabila hati sihat, minda bertambah baik dan hebat, maka dengan tidak disedari peribadi extra-ordinary akan terbentuk.

 Sekian dulu,

kamilan. 07 Februari 2008 (29 Muharam 1429).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: