January 26, 2008

Seorang suami dengan lima orang isteri?

Posted in Uncategorized tagged , , , , , , , at 7:57 am by kamilan

Kisah kali ini adalah seorang suami berkahwin serentak dengan lima orang isteri (1 husband with 5 wifes). Dalam Islam tentu sekali tidak dibenarkan seorang suami beristerikan seramai lima orang dalam masa serentak.
 
Bagaimanapun, prosa tersebut hanya bertujuan untuk mudah mengingati perkataan “HOW; WHEN; WHERE; WHO; WHEN; WHAT” (1H5W). Perkataan-perkataan ini sangat berguna untuk minda berfikir di dalam semua bidang disiplin ilmu. Terutama yang terlibat di dalam “problem solving”. Tetapi sejauh mana ianya digunakan dalam kehidupan seharian.
 
Sketsa kali ini, bukannya bermaksud mengajar itik berenang. Kadang-kala itik yang pandai berenang pun terlupa untuk menyelam apabila dikejar oleh budak-budak nakal.
 
Banyak telah didengari sama ada eksekutif muda dan yang telah berpengalaman mudah mempercayai sesuatu maklumat tanpa membuat usul-periksa lebih lanjut.
 
Semakin tinggi kedudukan eksekutif itu kadang-kala menyebabkan terlupa untuk melakukan latihan kerana semakin kurang orang untuk menghampirinya (mungkin sebab “status-quo”nya).
 
Ataupun kekadang faktor keakraban si pembawa cerita. Jadi mudahlah termasuk jebak perangkap ini (memerima atau menolak tanpa berfikir). Akibatnya timbul penyesalan yang tidak berkesudahan sebagaimana di dalam al-Quran di surah al-Hujuraat ayat ke enam (al-Quran 49:06). Penyesalan ini mungkin kerana menerima atau menolak sesuatu maklumat dengan bulat-bulat (tanpa melakukan latihan berfikir).
 
Teknik pengunaan 1H5W memerlukan beberapa soalan yang perlu dipersoalkan kepada minda. Jika perlu pujuklah minda supaya ia berfikir dengan menyeronokkan. Walaupun perkara yang difikir seolah-olah suatu yang membebankan tetapi jika maklumat dapat dikeluarkan satu per satu untuk dianalisa maka akan mendapati suatu hasil yang menakjubkan.
 
Soalan-soalan seperti berikut boleh digunakan:
1. Siapa (who)/ apakah masalahnya (mula mengenalpasti masalah)?
2. Apakah bendanya?
3. Di manakah (where) masalahnya (berada di mana)?
4. Di manakah bendanya?
5. Bila (when) masalah bermula?
6. Berapa (how) besar masalahnya?
 
Biasanya “problem solving” yang berkesan melibatkan pengendalian ke arah penyelesaian penyebab masalah tersebut dan bukan bertujuan untuk mengetahui sebab-sebabnya sahaja (simptom).
 
Alat Rajah Tulang Ikan Ishikawa (Fishbone diagram) antara contoh “problem solving” yang baik untuk merungkai sebab kewujudan masalah dan cara penyelesaiannya.
 
Akhir sekali, semoga “exercise my brain” ini dapat membantu mengurus minda kita ketika berfikir. STOP.
 
Sekian dulu,
kamilan. 26 Januari 2008 (17 Muharam 1429).
Advertisements

1 Comment »

  1. msukri said,

    Tuan haji agaknya dah terlipa nak bawa isteri seorang lagi ,Isteri pertama pulak tu (What) syok sangat mwnulis tu . Isteri pertama tidak boleh tinggal walaupun nak cari isteri kedua kerana dah sehidup semati dengannya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: