January 9, 2008

Kisah syarikat dua sahabat

Posted in Uncategorized tagged , , , , , , , , , , at 5:22 am by kamilan

Perkataan ‘kawan’, ‘rakan’ atau ‘sahabat’ nampaknya macam sama tetapi mempunyai pengertian yang sangat berbeza.

Biasanya gelaran ‘sahabat’ apabila telah akrab, pernah tidur dan makan bersama.

Berikut adalah kisah dua sahabat, seorang namanya Effectiveness dan seorang lagi Efficiency.

Kedua-duanya bukan sahaja telah bersahabat tetapi bermaufakat menjalankan syarikat dan bekerja dalam satu bangunan.

Peranan kedua-duanya nampak sama tetapi memang ada perbezaan.

Effectiveness memastikan pelaksanaan aktiviti yang hendak dilakukan mestilah mematuhi objektif yang betul (doing the right thing). Manakala, Efficiency pula memastikan aktiviti yang dijalankan hendaklah menggunakan kelengkapan peralatan dan kaedah yang betul (doing the thing right).

Kedua-dua sahabat ini juga bersepakat untuk melaksanakan aktiviti mengikut kewajaran keperluan (appropriateness).

Tindakan dan susulannya pula dilakukan dengan bijaksana dan segera (adaptability). Seterusnya wujud budaya menggalakkan penambahbaikan dan pembaharuan dalam perkhidmatan.

Akhirnya, syarikat kepunyaan dua sahabat yang bekerja berpasukan ini menjadi sebuah organisasi yang berdaya saing dan berkat.

Setiap tahun, Effectiveness dan Efficiency tidak lupa untuk membayar zakat pendapatannya. Mereka berdua dalam mesyuarat juga mengarahkan bahagian kewangannya supaya segera menilai keuntungan syarikat tahunan supaya zakat harta syarikat dapat dilaksanakan dengan segera. STOP.

 09 Januari 2008 (30 Zulhijjah 1428).

Advertisements

1 Comment »

  1. […] Perbincangan lain dalam blog ini ialah “Kisah syarikat dua sahabat” dan “Bekerja secara […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: