January 6, 2008

Beribadat dengan kreatif

Posted in Uncategorized tagged , , , , , , at 2:42 am by kamilan

1). Beberapa hari yang lalu telah melangkah tahun masihi 2007 ke tahun baru 2008. Kemudian beberapa hari lagi akan melangkah ke tahun baru hijrah daripada 1428 ke 1429.

2). Banyak kebaikan apabila hari bersilih hari dan minggu bertukar minggu. Kemudian setiap tahun mempunyai tahun yang baru. Dengan itu setiap hari atau setiap minggu dan tahun boleh muhasabah diri untuk mempertingkatkan amal ibadat atau memperbaharui “azam”. Islam menjadikan setiap hari Jumaat merupakan hari minggu baru. Banyaklah kelebihan hari Jumaat berbanding hari yang lain.

3). Sepanjang hari atau minggu dan tahun yang berlalu banyak perkara telah dilakukan. Jika dibuat kategori boleh dibahagikan kepada yang positif atau negatif, yang baik atau yang buruk, yang berjaya atau yang gagal. Hasil kerja dalam bentuk “kebajikan” dan “keburukan” di sisi ALLAH SWT adalah bermula daripada cetusan hati yang diasah oleh minda. Jika minda selalu menyatakan sifat mazmumah (sifat tercela) merupakan kebaikan maka hati akan mensetujui lalu perbuatan “mazmumah” akan dilakukan walaupun dalam bentuk “luar sedar”. Jika minda sering diasah dengan pemikiran sifat “mahmudah” (sifat terpuji) maka hati akan belajar sifat-sifat mahmudah dan perbuatan secara tidak sedar melakukan aktiviti yang terpuji dan luar biasa hebat.

4). Pernah dahulu pada awal tahun 1980-an terutama di Batu Pahat, Johor. Wak Haji Karmin sering menabur duit selepas solat Jumaat. Ramailah yang berebut-berebut untuk mengambil wang yang telah ditaburkan oleh Wak Haji Karmin. Maka, ramai juga yang mengutuk tindakan Wak Haji Karmin kerana memberi sedekah dengan menabur duit. Tetapi apabila diperhatikan yang mengutuk tindakan Wak Haji Karmin adalah daripada golongan yang tidak berduit atau jika kaya adalah orang yang kedekut. 

5). Sepatutnya tindakan Wak Haji Karmin perlu dilihat dari segi lebih kreatif dan positif. Wak Haji Karmin sebenarnya telah berjaya membuang sifat mazmumah seperti ria’ dan menunjuk-nunjuk. Secara tidak langsung Wak Haji Karmin telah berjaya mengatasi sifat mazmumah dan berjaya mengajar hatinya supaya menjadi tindakan yang mahmudah dan amalannya, Insya Allah diterima Tuhan.

6). Bukan senang melakukan kebajikan dengan menunjuk-nunjuk tanpa terdetik sifat mazmumah di dalam hatinya. Tindakan sebegini bukan sahaja akan meningkatkan motivasi untuk lebih beramal tetapi akan meningkatkan hati supaya selalu berbisik “luar biasa baik dan hebat” dan seterusnya akan berusaha dengan lebih baik lagi. Bukankah setiap tindak-tanduk ini merupakan ibadat di sisi ALLAH SWT.

Wassalam.

06 Januari 2008 (27 Zulhijjah 1428).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: