January 3, 2008

Lidah Pengarang Utusan Malaysia 03 Januari 2008

Posted in Uncategorized at 8:21 am by kamilan

Salinan Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 03 Januari 2008 (24 Zulhijjah 1428) (dalam ruangan Lidah Pengarang).

PEMIMPIN POLITIK PERLU ADA PRINSIP DAN AKAUNTABILITI

LIDAH PENGARANG:

TANPA mengambil masa yang lama, Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek semalam mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan dan semua jawatan dalam parti MCA serta Ahli Parlimen Labis, berkuat kuasa serta-merta. 

Keputusan yang beliau ambil itu adalah betul dan harus dihormati. Soi Lek telah mendahulukan kepentingan kerajaan dan parti daripada peribadi.

Sehari sebelum itu, pada Isnin lalu beliau membuat pengakuan terbuka mengenai isu cakera video digital (DVD) seks yang diedarkan di Johor hujung minggu lalu adalah dirinya tetapi bertegas tidak akan melepaskan jawatannya dalam kerajaan dan parti.

Tindakan Soi Lek mendapatkan permohonan maaf daripada isteri dan anak-anaknya atas keterlanjurannya itu adalah tepat dan betul. Beliau juga memohon maaf kepada rakan seperjuangan, penyokongnya dan rakyat Malaysia.

Malah keputusan melepaskan semua jawatan sebenarnya dilihat tidak lagi menyusahkan Perdana Menteri atau membebankan kerajaan dan parti untuk membuat pertimbangan ke atas diri beliau.

Beliau telah menunjukkan sikap ‘seorang lelaki’ yang berani bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukannya.

Masalah yang menimpa peribadi pemimpin seperti yang dihadapi Soi Lek seharusnya tidak perlu dibiarkan kepada Perdana Menteri untuk memikir dan menentukan keputusan kedudukan jawatan mereka.

Dalam perkara yang melibatkan moral pemimpin adalah wajar seseorang tokoh politik itu mengundur diri secara sukarela tanpa melibatkan Perdana Menteri dalam membuat keputusan menggugurkan jawatan mereka.

Mereka sendiri perlu membuat keputusan segera tanpa menghubungkaitkannya dengan kerajaan dan parti.

Oleh itu, sesiapa yang terbabit dalam masalah moral perlu mengambil langkah yang tidak menyusahkan pucuk pimpinan.

Adalah kurang manis bagi Perdana Menteri meminta menteri Kabinetnya meletakkan jawatan.

Seseorang pemimpin yang bijak akan berundur tanpa desakan dan paksaan. Pemimpin politik perlu mempunyai sikap akauntabiliti yang tinggi terhadap sebarang tindakan yang mereka ambil.

Kita tidak mengharapkan insiden serupa berlaku kepada mana-mana pemimpin hingga menjatuhkan moral diri sendiri, kerajaan dan parti.

Tetapi sikap berani Soi Lek membuat pengakuan itu menunjukkan beliau seorang yang memegang pada prinsip. Beliau mengaku bersalah dan bersedia menerima kesannya.

Kejujuran Soi Lek mengakui kesilapannya patut menjadi contoh kepada orang lain kerana belum ada pemimpin yang mengambil sikap berani dan sejujur beliau. STOP. Sumber: Utusan Malaysia 03 Januari 2008 (Lidah Pengarang).

========================

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: