December 22, 2007

Eidul-Adha 1428

Posted in Uncategorized at 2:23 am by kamilan

Eidul-Adha 1428 kali ini diraikan dengan suasana dan fikiran yang pelbagai. “Penghayatan perjuangan dan pengorbanan nabi Ibrahim AS, isterinya Hajar dan anaknya nabi Ismail.Dalam khutbah eidul-adha pada 10 Zulhijjah 1428 (20 Disember 2007) dimaklumkan usia para nabi sebelum nabi Muhammad SAW adalah ratusan tahun. Bagaimanapun usia nabi Muhammad SAW hanyalah 63 tahun. Usia ini lebih rendah berbanding dengan para nabi terdahulu.

Beberapa negeri seperti Pahang, Johor, Kedah dan Kelantan juga dilanda banjir. Pada khutbah jumaat 21 Disember (11 Zulhijjah 1428) dimaklumkan lebih kurang 26 masjid di negeri Kelantan tidak berjaya melakukan solat jumaat dan semua para jemaah dikehendaki berdoa supaya dijauhi daripada perkara-perkara yang tidak dikehendaki.

Padi tadi, 22 Disember (12 Zulhijjah), sebelum jam 7.00 pagi. Saya telah membuka televisyen RTM1. Perdana Menteri kita, Pak Lah telah mengetuai bacaan takbir raya diikuti oleh para menteri kabinet, timbalan menteri dan menteri besar. Beliaulah Perdana Menteri Malaysia Ke-5 tetapi yang pertama “berani” mengetuai bacaan takbir raya dan dipancarkan dalam televisyen. Pak Lah bukan sahaja boleh menjadi imam solat tetapi nampaknya berupaya membaca takbir raya.

Alhamdulillah, pada pagi 12 Zulhijjah ini, saya berjaya membawa anak melihat majlis “menyembelih” lembu. Semoga ianya menjadi pengalaman untuknya di masa akan datang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: